November 03, 2012

20 Amalan Murah Rezeki


Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.Diantaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.:
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)
14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah .
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)

Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Note : Credit to hanan.com.my

Aishah Abdullah

November 02, 2012

Amalan Sunat Hari Jumaat



✔ Memperbanyakkan selawat ke atas Rasulullah saw

✔ Membaca Surah Al-Kahfi
✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan memunaikan solat jumaat
✔ Memperbanyakkan berdoa di sepanjang hari jumaat.
✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran
✔ Memperbanyakkan amalan bersedeqah
✔ Memperbanyakkan amalan sunat
✔ Memotong kuku kaki dan tangan
✔ Memperbanyakkan zikrullah
✔ Memakai pakaian sunnah
✔ Memakai wangi-wangian
✔ Hadir awal ke masjid

Note : Rasulullah bersabda yang maksudnya :“Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Subhanhu wa Ta ‘ala iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah, pada hari Jumaat itu terdapat lima kejadian iaitu hari yang dijadikan Adam ‘alaihissalam dan Baginda di turunkan daripada syurga ke muka bumi, dan pada hari itu juga wafatnya Adam ‘alaihissalam, dan Allah mengurniakan satu saat di mana doa-doa dikabulkan kecuali doa-doa maksiat, dan hari Jumaat juga akan terjadinya hari Kiamat”.

(Hadis riwayat Ibnu Majah)


Aishah Abdullah

October 18, 2012

Empat Petua Imam Syafie


Menguatkan badan

1. Makan daging
2. Memakai haruman
3. Kerap mandi
4. Berpakaian dari kapas

Melemahkan badan

1. Banyak bersetubuh
2. Selalu cemas
3. Banyak minum air ketika makan
4. Banyak makan bahan yang masam

Menajamkan mata

1. Duduk mengadap kiblat
2. Bercelak sebelum tidur
3. Memandang yang hijau
4. Berpakaian bersih

Merosakkan mata

1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Menajamkan fikiran

1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

Note : Selamat Beramal

Aishah Abdullah

October 04, 2012

Teka-teki jenaka

Jenaka
1) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
    Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

2) Kuih ape yang bungkusnya di dalam,isinya di luar?
    Answer: Kuih salah bikin.

3) Binatang ape power Karate?
    Answer: Kuda belang.cube kira brape black belt dia ade.

4) Siapa yang menemukan dompet kulit?
    Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

5) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak boleh tolak?
    Answer: Pintu yang ade tulis 'TARIK'

6) Saya ade 3 kepala, 4 tangan dan 5 kaki..siapakah saya?
    Answer: Pembohong...

7) Apa dia 'Jauh di mata, dekat di hati'?
    Answer: Usus

8) Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
    Answer: Kutu rambut

9) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
    Answer: Neneknye si katak

10) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
     Answer: Sebab lelaki ni kan 'buaya'

11) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
      Answer: - Sekretari baik..................'Selamat pagi tuan'
                  - Sekretari kurang baik...........'Dah pagi ni tuan'

12) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
     Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

13) Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
      Answer: Tukang gali kubur

14) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
     Answer: Tahi hidung

15) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
      Answer: Dua-dua kalau dah 'kringgg' bole diangkat...

16) Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
      Answer: Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa ...gile ape...

17) Gajah terbang dengan ape?
      Answer: Dengan susah payah..

Note : Senyuman itu sedekah :)

Aishah Abdullah

October 02, 2012

Malas

Pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku Katanya : "saya adalah yang paling malas"

Raja pun bertanya : "Apa tahap malas awak?"

Lalu jawab lelaki tersebut : "Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya".

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi  : "Saya lebih malas lagi dari dia tuanku".

Tuanku pun bertanya kepadanya : "Sampai mana pulak tahap malas awak?"

Maka  jawabnya  : "Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan".

Maka raja pun terdiam.Tanpa disangka-sangka datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata.

"Saya adalah yang paling malas tuanku".

Raja pun bertanya : "Bagaimana pula tahap kemalasan awak?"

Budak itu pun menjawab  : "Nak cite pun malas" :)

Note : Senyum tidak perlu kata apa-apa :)

Aishah Abdullah

August 11, 2012

Duit Bonus

Before Appraisal
"Boss, kita punyer breakdown report sangat bagus...sudah 6 bulan kita success..Boss jgn lupa nanti kasi kita semua bonus cantik aaa...bulan 8...okeyy.."




At the time of appraisal
"Boss ini hari banyak HANDSOME..Ini macam baik punya BOSS mana mau cari..he3.. BOSS kasi sikit banyak markah lahh..saya banyak kuat kerja wohhh.."




After Receiving
"Ayoo...Boss..apasal bonus saya sikit...kerja sudah bagus..result pon bagus...boss...tapi bonus tak bagus..laa...ini mcm tak boleh..la boss...kasi org sama jerr bonus ..saya kecewa la dgn boss..boss pilih kasihh.."


Note : SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA


Aishah Abdullah

August 10, 2012

Siapakah Kita?



Siapakah orang yang sibuk?
"Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya."

Siapakah orang yang manis senyumanya?
"Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman."

Siapakah orang yang kaya?
"Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini."

Siapakah orang yang miskin?
"Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta."

Siapakah orang yang rugi?
"Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan."

Siapakah orang yang paling cantik?
"Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik."

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
"Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang."

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
"Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya."

Siapakah orang yang mempunyai akal?
"Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka."

Note:SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA 

-Aishah ABdullah-

August 09, 2012

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Cakap Pada Lelaki


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.
2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.
5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.
7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.
8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.
9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.
10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.
13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.
14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.
15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.
16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.
17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!
18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.
19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.
20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.
21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!
22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.
23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.
25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.
26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..
27. Senjata wanita adalah airmata!!
28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.
29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah…
30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa
p/s : "CC Blogger"

March 23, 2012

Beza Seorang Perempuan & Muslimah



*Perempuan*

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TETAPI SEORANG...

*Muslimah*

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.

Note : Kerana Muslimah mengerti dan menyedari.Akan erti maruah peribadi sejati.Yang diselaputi iman yang hakiki.Yang tidak mudah dicemari.

Aishah Abdullah

JANGAN

JANGAN tidur selepas solat Subuh.
-->Nanti rezeki Mahal kerana pagi itu membuka pintu berkat.

JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan DOA makan.
-->Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

JANGAN tambah perhiasan di badan.
-->kerana Allah sudah jadikan Manusia Makhluk yang paling Sempurna.

JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan.
-->Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan.
-->Makruh dan mewarisi kepapaan.

JANGAN biarkan Mata liar di perjalanan.
-->Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa 
-->Kerana mati boleh datang bila-bila masa.

JANGAN mengumpat sesama rakan taulan.
-->Nanti rosak persahabatan Kita hilang bahagia.

JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja Kita. 
-->Nanti Kita sombong apabila berjaya.Kalau gagal kecewa pula.

JANGAN bakhil untuk bersedekah. 
-->Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki Kita.

JANGAN banyak ketawa. 
-->Nanti mati jiwa.

JANGAN biasakan berbohong.
-->kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada Kita.

JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan.
-->Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH.

JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia.
-->Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
-->Sebab semuanya untuk keselamatan Kita.

p/s : ALLAH lebih tahu. Wallahualam.. Jangan Lupa Tekan Share kepada rakan-rakan anda....

March 22, 2012

Jenaka Bahasa Inggeris

Sekarang Minggu peperiksaan pertengahan tahun.Dialog seorang bapa dengan anak bila dapat keputusan cemerlang ujian Bahasa Inggeris..hik3
Mira : Abah ini keputusan ujian pertengahan tahun mira,nanti abah dah tengok semua keputusan,abah tanda tanggan ok?

Abah : Ok..
bapa minit selepas itu............
Abah : Apasal B.I kamu asyik dapat kosong je!!! Apasal!!
Mira : Eh, Abah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu mira dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn Mira jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat Mira bulan. 
p/s : budak sekarang memang pandai mencari alasan..huk3

Jenaka Polis & Penjaga Mayat

Seorang pegawai polis masuk ke bilik mayat sebuah hospital untuk menyiasat punca kematian tiga lelaki sekaligus. Selepas memeriksa mayat-mayat itu, dia bertanya kepada penjaga bilik berkenaan.

Polis : Mengapa ketiga-tiga mayat tersenyum?

Penjaga : Lelaki pertama sedang bersanding, tiba2 diserang strok.

Polis : Lelaki kedua pula.

Penjaga : khabarnya menang loteri dan mati serangan sakit jantung
manakala yg ketiga disambar petir.

Polis : Hah! Kenapa disambar petir pun tersenyum?

Penjaga : Masa tu dia ingat orang sedang ambil gambarnya… tangannya pon sedang menunjukkan tanda “peace”…


p/s : share dari kawan-kawan blogger :)

Jenaka Pening Lalat






Al-Kisah tiga orang sahabat  yang bernama Lulu, Lini dan Lala. Mereka tinggal di sebuah hostel setinggi 40tingkat. Pada suatu hari setelah tamat kuliyah mereka  pulang ke hostel untuk berehat.Dalam perjalanan ke hostel dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupa-rupanya lif tidak berfungsi. 

Lulu : Maca mana ni bilik kita lak atas sekali?

Lini : Aduhhhh bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?

Lala : Aku rasa baik kita panjat tangga aje kita pun tak tahu bila agaknya depa nak siapkan lif ni.

Lulu : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa biar kita serius dengar cerita.

Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 40.

Mereka mula bercerita.

Lulu : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku.bla bla bla bla bla..

Punya la sedih mereka mendengar cerita si lulu hingga meleleh leleh sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 15. 

Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata kemudian mereka kembali memanjat sambil si Lini pula bercerita .

Lini : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang bla bla bla bla....Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih .

Punyalah lama cerita Lini dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat35. Hanya 5 tingkat aje lagi, sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 36, Iala mula menyampuk.

Lala : Alaaaaaa korang punya cerita tak sedih lagi cerita aku lagi sedihhhh punya.

Lulu : kau ada sejarah hidup sedih juga ke?

Lala : emmmm mungkin hari ini dalam sejarah.

Lini : cerita aje le kita dah tinggal 4 tingkat je lagi

Lala : aku sedih sebab KUNCI RUMAH KITA, TERTINGGAL DALAM KERETA.hahahaaaaaa..


p/s : jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.

February 23, 2012

Jenaka Aku & Telur Rebus



Baca Jangan xbaca..Lepas baca anda pasti ketawa ^_^
Al-Kisah.....Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahajasebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya.

Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu denganmeninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. 

Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,isteri aku tiba-tiba cakap dia ada'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka,Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku puntahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. 
Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh legarasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satudas lagi.. bunyinya PROOOTTT!! .. fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalahmacam bau telur tembelang sikit.. 

Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu..lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... 
PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut'ahhhh.... lega...'. Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terusmelopong... ALAMAK!!! 

Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos akudengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'.Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!


p/s : hik3..ada jugak ke org mcm ni? ^_^


January 17, 2012

Jenaka Al - Kisah Orang Kedah


Polis mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Kedah.Nak jadi cerita ada  Pak Cik Abu  baru dapat Lesen "P".. Pak Cik Abu  ni lupa nak letak stiker "P" dekat motor dia.. Pak Cik Abu  dah gelabah macam mana aku nak pergi ambik anak aku ni.. Nak patah balik atau terus kan saja perjalanan ni..Selang beberapa minit kemudian  Pak Cik Abu  dapat idea macam mana nak cakap dekat polis.. Pak Cik Abu  teruskan perjalanan dengan muka selamba..

Polis : Assalammualaikum pakcik. Nak tanya "P" mana pakcik?

Pak Cik Abu : Waalaikummusalam pakcik nak P Aloq Staq (loghat Kedah).

Polis : Pakcik saya tanya lain ni..

Pakcik Abu : Betul lar pakcik jawab..

Polis : Pandai pakcik bergurau ye.. "P" mana pak cik?

Pak Cik Abu : Pakcik nak p Aloq Staq hanqpa tahu tak!!!. (Tinggi suara).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik ni..Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik Abu : Pakcik kan dah habaq dari xdi lagi pakcik nak "P" Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat pakcik tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).

Polis : Pi pi pi pi lah ... (Geram jer)

Pak Cik Abu : Kan mudah camtu ..Dalam hati "Selamat dah aku" .(Dengan senyum sampai ke telingga)

 
p/s : ha3..pengalaman kawan dengan orang kedah time kolej dulu..=)