Siapakah orang yang sibuk?
"Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat
akan waktu solatnya."
Siapakah orang yang manis senyumanya?
"Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu
ini", sambil mengukir senyuman."
Siapakah orang yang kaya?
"Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini."
Siapakah orang yang miskin?
"Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat
yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta."
Siapakah orang yang rugi?
"Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan."
Siapakah orang yang paling cantik?
"Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik."
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
"Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang
yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang."
Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?
"Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang
mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya."
Siapakah orang yang mempunyai akal?
"Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa neraka."
Note:SAMA-SAMALAH KITA MENGHAYATINYA
No comments :
Post a Comment