Jenaka Pening Lalat
Al-Kisah tiga orang sahabat yang bernama Lulu, Lini dan Lala. Mereka tinggal di sebuah hostel setinggi 40tingkat. Pada suatu hari setelah tamat kuliyah mereka pulang ke hostel untuk berehat.Dalam perjalanan ke hostel dilihatnya ramai orang sedang berkerumun di depan lif. Rupa-rupanya lif tidak berfungsi.
Lulu : Maca mana ni bilik kita lak atas sekali?
Lini : Aduhhhh bikin bingung kepala, nak panjat tangga larat ke..?
Lala : Aku rasa baik kita panjat tangga aje kita pun tak tahu bila agaknya depa nak siapkan lif ni.
Lulu : Aku ada satu idea, kita panjat tangga sambil bercerita, tapi kita kena bercerita yang sedih aje, sebab kalau kita buat cerita lawak kita akan terasa sesak nafas sebab kita ketawa biar kita serius dengar cerita.
Mereka pun bersetuju, so mereka mulalah melangkah kaki memanjat tangga untuk ke tingkat 40.
Mereka mula bercerita.
Lulu : Aku masa kecil punyalah sedih dalam sejarah hidupku aku membesar tanpa bapa, bapaku meninggal semasa aku dalam kandungan, dari kecil aku.bla bla bla bla bla..
Punya la sedih mereka mendengar cerita si lulu hingga meleleh leleh sedar tak sedar mereka dah sampai kat tingkat 15.
Mereka berhenti sekejap bukannya kerana penat tapi berhenti untuk lap air mata kemudian mereka kembali memanjat sambil si Lini pula bercerita .
Lini : Sejarah hidup aku lagi sedih, semasa umur aku 5 tahun kedua ibu bapaku meninggal dalan kemalangan jalanraya aku dibesarkan oleh abang sulung ku saja yang pada tu berumur 15 tahun. Abang sulung ku tak bersekolah dan dia bekerja untuk menyara aku adik beradik seramai 4 orang bla bla bla bla....Sekali lagi mereka bertiga meleleh sedih .
Punyalah lama cerita Lini dengan tak sedar mereka dah sampai ke tingkat35. Hanya 5 tingkat aje lagi, sambil melangkah memanjat tangga yang ketingkat 36, Iala mula menyampuk.
Lala : Alaaaaaa korang punya cerita tak sedih lagi cerita aku lagi sedihhhh punya.
Lulu : kau ada sejarah hidup sedih juga ke?
Lala : emmmm mungkin hari ini dalam sejarah.
Lini : cerita aje le kita dah tinggal 4 tingkat je lagi
Lala : aku sedih sebab KUNCI RUMAH KITA, TERTINGGAL DALAM KERETA.hahahaaaaaa..
p/s : jangan anggap sejarah hidup kita yang paling sedih padahal ada lagi insan lain yang mengalami sejarah hidup yang lebih pahit dan pedih.
2 comments :
sila menangis...haha..lag 4 tingkat je...
nt tolong buang word verification...google je...supaya org lain senang nak komen..hehe..salam kenal
Fendy - Salam perkenalan..word verification done remove :)
Post a Comment