- Kita mesti berikan mereka nafkah daripada rezeki yang baik dan halal. Dengan rezeki yang kita bawa pulang inilah anak kita membesar dan menjadi darah daging mereka.Rezeki yang baik menjernihkan hati anak dan memudahkan mereka menerima nasihat, menghayati agama dan fokus dalam belajar. Hatinya terang dan mudah diasuh serta dididik.
- Ibu bapa perlu memberikan didikan agama secukupnya. Kita tidak boleh lepas tangan dalam bab didikan agama ini. Jika kita tidak mampu dan tidak cukup ilmu, hantarlah anak ke kelas agama terutamanya berkaitan dengan bab kefahaman tauhid, solat, puasa dan fardu ain.
- Ibu bapa perlu bentuk peribadi anak dengan adab dan sunnah Nabi SAW. Antara perkara yang saya lihat semakin terhakis dalam amalan hidup anak hari ini ialah tentang adab.
- Ibu bapa perlu berikan pelajaran yang baik. Sebagai ibu bapa kita mesti pastikan anak mendapat didikan dan pelajaran yang terbaik. Kalau mereka lemah dalam subjek tertentu, berkorban sedikit dan berikan mereka peluang menghadiri tuisyen.
- Ibu bapa perlu berikan perlindungan. Anak pasti akan melakukan kesilapan, berhadapan dengan kegagalan, mempunyai masalah dan sebagainya. Kepada siapakah mereka mahu meluahkan dan meminta pandangan kal’”au bukan pada kita ibu bapanya.
“Diriwayatkan Ibnu Mardawaihi daripada Ibnu Abbas, seorang
sahabat iaitu Saad bin Abu Waqash meminta Rasulullah SAW memohon kepada Allah
supaya apa saja doa permohonannya dikabulkan”.
“Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan
engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi
Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya seorang lelaki
yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, maka tidaklah akan
diterima amalnya selama 40 hari. Dan barang siapa di antara hamba Allah yang
tumbuh dagingnya daripada harta yang haram dan riba, maka api neraka lebih baik
baginya.”
“Ibu bapa sanggup
berhabis-habisan bagi memastikan anak mereka cemerlang dalam pelajarannya,
tetapi berapa banyak pula sanggup dihabiskan bagi memantapkan agama dalam diri
anak.Berapakah yuran yang kita bayar bagi tuisyen matematik atau Bahasa
Inggeris?Adakah kita sanggup mengeluarkan nilai wang yang sama untuk kelas
fardu ‘ain?”
“Adab makan, mandi,
tidur, berpakaian, bertandang dan bercakap makin diringankan. Malah, sunnah
Nabi SAW tidak lagi diberatkan. Sedangkan adab dan sunnah ini membentuk jiwa
anak yang halus iaitu peka mengenai dosa dan pahala, baik dan buruk, prihatin
terhadap perasaan orang lain, hormat orang yang lebih tua, sayang pada alam
sekitar, menghargai keamanan dan keindahan.”
“Orang tidak tanya
berapa banyak harta kita, tetapi apabila kita ada anak semua orang mahu tahu
apa keputusan UPSR, PMR atau SPM mereka. Setiap kali keputusan peperiksaan
keluar, talian telefon kita sesak dengan panggilan yang datang bertalu-talu
daripada saudara-mara dan rakan taulan bertanyakan keputusan peperiksaan anak
kita.Apabila anak ada peperiksaan besar, ibu bapalah (terutama ibunya) yang
lebih tertekan. Sebab itu ada sesetengah ibu bapa begitu obses dengan semua ‘A’
padahal ia belum menjamin anak kita jadi orang hebat.”
“Kita perlu pastikan yang anak kita tahu yang kita sentiasa
bersamanya dalam apa juga keadaan. Kita menerima mereka seadanya dan dengan
cara begitu mereka rasa selamat. Rasa selamat bukanlah bermakna kita tidak
dedahkan mereka kepada cabaran dan risiko. Rasa selamat bermakna dia tidak
memerlukan orang lain selain dari ibu bapanya apabila berdepan dengan sesuatu
keadaan. Anak yang rasa dirinya selamat dapat belajar dengan lebih baik dan
tinggi estim dirinya” .
Imam Ghazali berkata, “Jika kita ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan.Oleh itu sebagai ibu bapa, betulkan perkara yang pokok ini
dulu. Kalau sudah terlanjur maka mulalah bertaubat dan betulkan semula sumber
rezeki kita.
No comments :
Post a Comment