Syarat-syarat taubat :
- Ikhlas ingin bertaubat;
- Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi;
- Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan;
- Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya; dan
- Dikerjakan sebelum ajal tiba.
Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang
dilakukan itu tidaklah sah.
Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka
syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang
berkaitan.Contoh :
- Jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan.
- Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan.
- Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.
Masa (waktu) Melaksanakan Taubat :
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika
demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan
diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan
akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran. Oleh itu
adalah menjadi kewajipan kepada setiap mukmin untuk segera bertaubat pada
bila-bila masa sahaja.
Cara melaksanakan solat taubat :
Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa,
iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci dengan
menghadap kiblat;
Waktu melakukan Solat Taubat
Pada bila-bila masa sahaja
jika kita merasakan telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim untuk
melakukan solat)*. Sebaik-baiknya ialah pada 2/3 malam (kira-kira jam 2.00 pagi
ke atas), semasa Qiyamullail.
Lafaz NIAT
أصَلِّي
سُنَّةَ التَوبَةِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
Ertinya "Sahaja Aku Solat Sunat Taubat 2 rakaat kerana
Allah Ta'ala"
Rakaat PERTAMA - Dengan membaca (disunatkan membaca doa
Iftitah) kemudian Surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Kafirun atau mana2 ayat
atau surah dalam Al-Quran.
Rakaat KEDUA- Membaca
surah Al-Fatihah. Selepas itu bacalah Surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali.
Kedua-dua Surah (Surah Al-Kafirun dan
Surah Al-Ikhlas) adalah sunnah Rasulullah SAW atau mana2 ayat
atau surah dalam Al-Quran.
Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus
sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah
Ta’ala):
لَّا إِلَٰهَ إِلَّا أَنتَ
سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ
الظَّالِمِينَ
Ertinya:
Tiada Tuhan (yang dapat menolong) melainkan Engkau (ya
Allah)! Maha Suci Engkau (daripada
melakukan aniaya, tolongkanlah daku)!
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menzalimi diri sendiri.
Selepas salam, perbanyakkan Istighfar sebanyak 100 kali atau yang semampunya,
أسْتَغْفِرُ
اللّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لا إلَهَ
إلَّا هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ
وَ أتُوبُ إلَيْكَ
Ertinya:
Aku mohon keampunan ya Allah, yang tiada Tuhan melainkan Dia
Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus, Aku bertaubat kepada-Nya.
Selepas itu bacalah tasbih memuji Allah SWT 100 kali atau
yang semampunya.
الْعَظِيمَ سبحان
الله
Ertinya:
Maha Suci Allah Yang Maha Agong.
Selepas itu bacalah:
لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ
وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ،
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ
الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ
شَيْءٍ قَدِيْرُ
Ertinya:
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah Yang Maha
Esa,
tiada sekutu bagi-Nya, bagi-Nya kerajaan, bagi-Nya segala
puja.
Dialah yang menghidupkan
(orang yang sudah mati atau memberi roh janin yang akan
dilahirkan)
dan yang mematikan. Dialah Yang Maha Kuasa atas segala
sesuatu.
Atau Istighfar sebagaimana berikut (Tiada had);
الْعَظِيمِ بِاللَّهِ إِلَّا قُوَّةَ وَلَا حَوْلَ
لَا
Ertinya:
"Tiada keupayaan
(untuk mentaati perintahMu) dan tiada kekuatan (untuk menjauhi laranganMu)
melainkan dengan keizinan Allah yang Maha Agong".
-Ataupun dengan istighfar dan taubat yang ringkas ini:
اللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِي وَتُبْ عَلَيَّ
Ertinya:
"Ya Allah, ampunilah aku dan terimalah taubatku"
Akhir sekali berdoalah dengan cara yang mudah mengikut
kemampuan atau dengan Penghulu Istighfar sebagaimana berikut:
اللَّهُمَّ
أَنْتَ رَبِّي لّا إِلَهَ
إِلَّا أَنْتَ، خَلَقْتَنِي وَأَنَا
عَبْدُكَ،
وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ
وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتَ،
أَعُوذُ بِكَ مِنْ
شَرِّ مَا صَنَعْتَ،
أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ
عَلَيَّ،
وَأَبُوءُ بِذَنْبِي فَاغْفِر لِي فَإِنَّهُ لَا
يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ
Ertinya:
“Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak
ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah
hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman
dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang
telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan
kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak
ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”