Bismillah...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat
siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn
pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki
brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg
beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg
dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd
siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa
paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.
Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy
ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus
perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami
pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua
trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara
yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg
lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2
amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah
Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih
Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia
Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n
tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik
sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak
control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam
beliau.
Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org
nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa,
tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa.
Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi
trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn
kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut,
beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan
tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah
begitu skali beliau mnjaga dirinya.
Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d
rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak
dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung
tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa
akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika
brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat
ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn
beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10
tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas
prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif
dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad,
sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki)
,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan
tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur,
beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr
sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku
(buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau
mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di
laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau
pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya
setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang
masing2.
Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2
selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami
dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg
lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed
Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud
Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump
kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri.
Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu,
beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut
beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.
Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman
beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya
reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera
Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn
beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau
brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau
pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena
kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria ,
beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid
(krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2
brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika
hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria
(kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani
betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da
harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu
diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt
"awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn
slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr
Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami
yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau".
Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan,
tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!
Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana
kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org
mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org
bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana
meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok
la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".
Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami
brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri
pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy
brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy
terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr.
Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp
msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak.
Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd
mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.
HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah
prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah
sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi
meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln
raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah
ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke
hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn
keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj
kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn
satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia
sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau.
Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng
rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.
Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari,
ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh.
Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2
utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan
Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg
ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg
lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula
foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau
turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya
bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp
sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd
msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama),
kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn
prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah
selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum
"nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke,
sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau
mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah,
siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan.
Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu,
fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena
nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK
SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa
beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala
"ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke
tahap ini."
Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB
surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli
org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd
sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat
dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti
akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan
dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau
akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun
kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula
mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.
Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya
menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini.
Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar
Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.
Al-Faatihah.
MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE
Nurkilan Dari FB Abu Akhyar Al-Qudsi
No comments :
Post a Comment