February 26, 2010

Zaman Remaja

Tiba-tiba rasa rindu masa kolej dulu.Ada sahaja aktiviti yang akan dilakukan.Tak rasa bosan pun.Tapi sekarang?dah tak ada aktiviti macam dulu dah.duduk rumah tengok tv,makan,tido.Nak pergi jalan-jalan tak ada kawan pulak.kalau kuar sorang-sorang keluarga tak bagi.

Rindu dekat kolej bukak balik gambar-gambar aktiviti dulu-dulu.Kisah suka dan duka.Tapi semua tu jadi pengajaran dalam hidup untuk jadi lebih matang.Rasa macam nak pergi lepak jer dekat kolej macam dulu-dulu.Buat BBQ,main bola jaring,badminton,jalan kaki ramai-ramai pergi ke Taman Tasik Taiping,yang paling tak boleh lupa makan laksa dekat Taman Tasik.Sedap kot laksa dia.Jalan-jalan naik moto.Dan macam-macam lagi lar.Rindu sangat situasi tu.Tak terkata rindunya."Dah kata pun!".

Gambar-gambar Dolu-dolu

                                                                   Budak Kelas
BBQ 

Konvo at MMC KL
Last Day DMT7 at MMC (N)
Brithday kemek

Note : Dulu kini dan selamanya.. :)

February 10, 2010

Cerita Cinta dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.


Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini:-

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.
Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali.. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.

Ingat!!!!!

Allah memang sengaja menemukan kita dengan orang yang 'salah' sebelum kita bertemu dengan orang yang betul, kerana Allah mahu kita belajar tentang hikmah dan nikmat sesebuah perhubungan itu.


p/s : Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas