December 28, 2013

Panduan penggunaan Yogurt pada bayi

Yogurt adalah probiotik(mengandungi bakteria baik)
yogurt "full fat" yang paling baik untuk bayi dan kanak2 kerana mereke memerlukan lemak untuk pembesaran..
yang disarankan adalah plain yogurt (full fat) antaranye milkana kidz,baby yoplait,donone,farm fresh

#yogurt farm fresh antara yang paling mudah didapati dikebanyakkan supermarket@pasaraye..

Panduan penggunaan cheese pada baby

Panduan penggunaan cheese pada baby
baby bawah 1tahun keperluannye kurang daripada 1g garam sehari 
(1g-400mg sodium)

#cream cheese tatura yg paling rendah kandungan sodium..
100g-300mg sodium..
Nie yg paling sesuai untuk baby

December 27, 2013

Pilihan Seorang Isteri kepada Kekayaan,Kejayaan atau Kasih Sayang

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka.

Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."

"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawap.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!"

Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawap.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :

"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, " Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang."

Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira.

"Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :
"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu diantara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :
"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Dimana ada Kasih Sayang, disitu juga ada Kekayaan dan `Kejayaan!"...
Dicatat oleh IBNU MUSLIM

November 25, 2013

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control.

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak.

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”


“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi” 

November 24, 2013

Cerita Tentang Allahyarham Akhi Ahmad Ammar.


Bismillah...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Oleh krn rmai yg brtanya dan ingin mngenali lebih dekat siapa Al-Marhum Ahmad Ammar Bin Azam yg baru2 ini mnggemparkn ummah dgn pemergian beliau mnghadap Ilahi. Maka sy sbg sahabat spengajian beliau di Turki brasa brtanggungjwab utk mmperkenalkn serta mem 'promote' kn sgl kebaikan yg beliau prnah lakukn smasa hayatnya mudah2an ia dikira ilmu brmanfaat yg dtinggalkan beliau (yg mana pahalanya brterusan shingga kiamat). Harap kpd siapa yg baca, baca lah smp tamat. Maaf ia agak pnjang dan akan mngambil masa paling kurang 20 minit dgn bnyak ayat yg x trsusun.

Beliau ntara student Msia trawal ( beliau batch ke 2, sy ke-4 walaupun smp skrg student msia d Turki x smp 35 org pun) yg mlawan arus perdana apabila mmilih Turki sbg destinasi pngajian setelah SPM. Sbb tu kami pggil beliau Abg Long. Agak aneh, seorang yg pernah dinobat sbg pelajar kedua trbaik SPM 2010 di RMC dgn pencapaian 9A1 1A2 mmilih utk smbung d Turki, Negara yg sering dlabel sbg Negara eropah yg 'sakit'. patutnya beliau ke tempat yg lebih brprestij. dah la amb Turki, ingatkn amb medic ke, atau engineering, tgk2 amb sejarah, bidang yg sering diamb oleh student gred C dan D, sjarah Uthmaniyyah plak tu. MashaAllah. Bila prtama kali sy tnya beliau knapa pilih Turki dan amb sejarah. Jawapan beliau "Turki ni dulu prnah jd pusat Dunia Islam 600 tahun, xde kuasa dunia yg lg lama drpd tu, Negara lain pun respect n tunduk dgn Turki, knapa kita x bngga, tu sjarah kita. kita boleh kmbalikn balik sjarah tu. lpstu kita ni da blaja tinggi2 last2 org yg blaja lebih2 kurang plak control kita. sbb tu ana amb sejarah". Cukup trsentak dgn jawpan tajam beliau.

Beliau seorg yg sgt pndiam, tp skali beliau cakap, smua org nk dgr dan akan ingat ap yg beliau cakap. Beliau jg sgt susah nk gelak ketawa, tp skali beliau ketawa smua org ingat bila dan apa yg buat beliau ketawa. Beliau jgn haraplah nk brckp dgn perempuan, sgt kekok klu beliau dlm situasi trsebut. prnah skali beliau bwk student msia overseas yg dtg cuti d Turki dn kebetulannya perempuan, oleh krn beliau malu nk bg tahu kt perempuan trsebut, beliau call seorang sahabat kami yg amb master d Turki utk tlg bg tau perempuan tu apa yg dia nk bg tau. Padahal beliau ad dpan prempuan trsebut. MashaAllah begitu skali beliau mnjaga dirinya.

Beliau seorang yg sgt rajin menolong, klu ad prgrm ap2 d rumah, beliau org yg pertama smp utk bantu bentang tikar, sapu2, kadang2 masak dan hidangkan makanan. beliau jgla yg last skali balik sbb nk bantu gulung tikar, sapu2 balik, basuh pinggan dn bungkuskn makanan. Sungguh luar biasa akhlak serta tingkah laku beliau. Beliau sgt sopan santun, sgt brjaga2 ketika brtanya dn sgt brdisiplin. sbb beliau prnah ckp "dulu mse kecik2 mmng kuat ah main2 tp lpas masuk RMC mmng kna train habis". Sy cukup rapat dgn beliau dan keluarga beliau malah sy mngenali bapa beliau Hj. Azam sudah 10 tahun. mana tidaknya msa first time sy ngaji dpan org umur 8 tahun, atas prmintaan bapa beliau lah yg ketika itu masih Presiden ABIM, sejak itu lg sy aktif dlm prgrm ABIM dan WADAH sehingga kini. Sejak sy smp d Turki, klu sabtu ahad, sy akan prgi ke rumah beliau dkt Fetih Mahallesi (hari2 lain sy d asrama Turki) ,mkan sma2, beliau masak, brsukan, brdiskusi smp tulis kt whiteboard dan akan tidur d biliknya. ntara cara beliau ialah sbelum tidur dan bangkit dr tidur, beliau akan tepuk tilam dan baca 3 surah Qul, pd masa tu sy ingat mungkin dr sek. menengah lg kot dia mcm ni. Beliau sering tidur lewat krn mmbaca buku (buku2 nya bnyak yg dah ghabak dan bnyak tulisan menunjukkan yg mmng beliau mmbacanya). Bulan lpas, sy dminta utk bentang mngenai sejarah Uthmaniyyah di laman Univ. Terbuka Anak Muda (UTAM), beliaulah yg sy jdkn rujukn utama. beliau pun bg la buku2 dan article2 sbg prsediaan utk sy. Beliau jg cadangkn supaya setiap minggu mesti ad student yg akan present mngenai apa2 ikut bidang masing2.

Ketika Eid Adha yg lalu, kami (student Msia) brkump. brsama2 selama sminggu. dlm seminggu tu ad 1 hari full prgrm dr pg smp mlm. kami dibahagi2 ikut kump. Dtakdirkn Allah, kump sy dketuai oleh beliau. tp yg lawaknya nama kump sy yg beliau bg.oleh sbb beliau sgt suka Sultan Muhammed Al-Fatih, maka nama kump kami yg beliau bg ialah 'Fatih Var Mı?' yg brmaksud Fatih ade ke? sgt kelakar sbb nama kump kami soalan. Jd setiap kali nama kump kami dpanggil, smua akan ketawa trbahak2 trmasuk kami dn beliau sendiri. Tugasan kami adalah pg ke muzium Atatürk dn buat skit research. Dlm muzium itu, beliau seolah2 jd penceramah apabila sgl gambar2 yg ad dlm muzium trsebut beliau trangkn dgn detail lebih drpd petugas2 muzium trangkn pd kami.

Ad skali tu time mkan mlm d rumahnya, beliau crita pngalaman beliau smasa mngikuti misi kmanusiaan d Syria. Beliau kt,"Ana ni bukannya reti Arab". smua org yg mnyertai misi ini tahu bhs arab dn bila tentera Syria tnya dr mna dtg, mrk jwb Syria (walaupun bukan sbnrnya). bla smp turn beliau dtnya, beliau jwb Maliziya, trus x dpt masuk. Alhamdulillah beliau brjaya jg cari jln belakang dn masuk pd waktu mlm scara smbunyi. Sbelum bliau pg, beliau prnh kt "ana klu tgk prempuan2 Turki ni msti rsa mcm nk kena kwen da ni, x tau sbb apa". ketika beliau brmalam d wad hospital Syria , beliau trdgr bunyi bom yg sgt kuat, trus beliau mengucap dn brsedia utk syahid (krn salah satu tujuan beliau ke Syria jg adlah utk syahid). kemudian x de apa2 brlaku beliau trus tidur. Dlm tidurnya beliau brmimpi brtemu bidadari. Ketika hari terakhir beliau d Syria, beliau ad brtanya dgn sorang pemandu di Syria (kbetulan driver tu boleh ckp inggeris skit2) "knapa pemuda2 kt sini brani betul dn nk syahid" driver tu jwb "pemuda kt sini da x pandang da harta bnda dan wanita2, diorg sume hnya tggu syurga dn bidadari syurga, sbb tu diorg nk syahid". Beliau pun ceritakan apa yg beliau mimpi, driver tu kt "awak ni boleh mati syahid ni". Sekembalinya beliau ke Istanbul dgn slamat, kami pun (psl baru habis baca buku 'Kemenangan yg Tertangguh oleh sdr Hasbie Muda) gelarkn beliau 'Syahid yg Trtangguh'. Bila beliau cerita pd kami yg beliau mimpi. kami smua gelak dan kata, "nta ni kuat sgt brgurau". Namun hari2 berikutnya beliau mmng brubah, setiap kali beliau pndang prempuan, tiada apa2 yg drasainya. 'Ajeeb!!!

Prnah jg beliau minta pd sy, "nta tlg ngaji time ana kawen nnti ye" sy pun jwb smbil trsengheh "dah dkat ke? dgn org mna?" Beliau jwb "ana mintak ayah ana carikn, ayah nk cari org bosnia" ktanya smbil brseloroh. Beliau jg ckp "nnti klu kt ana meninggal kt sini pun nta tlg ngaji jg skit paling2 pun Qul huAllah pun ok la" sy pun jwb "x yah la ckp2 mcm tu".

Bbrp hari sblum beliau pergi mngahadap Yang Maha Esa, kami brtemu dlm satu majlis makan malam di Çamlıca. turut dhadiri oleh menteri pelancongan, Dato' Seri Nazri Aziz. Kbetulan bbrp hari sbelum itu pula, sy brkesempatan brtemu dgn Menteri Luar Turki, Dr. Ahmet Davutoğlu (nnti sy terangkn knapa sy selitkan nama Dr. Davut). Beliau tanya sy mcmna bleh jmp Dr. Davut sbb beliau nk sgt jmp dgnnya. Sy jwb Dato' Seri Anwar Ibrahim yg bwk jmp msa dia dtg Beşiktaş hari tu. Beliau kt Dr. Davut seorang yg sgt bijak. Gandingan EGD (Erdoğan, Gül, Davutoğlu) shj dah boleh gerunkn musuh2 Turki. Pd mlm itu beliau brcakap bnyak lebih dr biasa.

HasbunAllahu wani'mal wakeel, Wallahi x sy sangka2 itulah prtemuan perpisahan kami di ardhillah ini krn 2 hari slps itu, insan yg sudah sy anggap sprt abang dn murobbi tlh dpanggil mnghadap Tuhannya. Beliau prgi meninggalkn kami dan ummah buat slama2nya. Saat beliau ingin melintas d jln raya, kaki beliau trgelincir krn jln mmng agak licin, trus dlanggar sebuah ambulan kena bhg bahu bliau (faham2lah ambulan Turki laju mcmna). Kami trus ke hospital utk urusan forensik. Ibu bapa beliau tiba d airport pd besoknya dgn keadaan yg ckup tenang (sy x prnah melihat wajah setenang mrk yg baru shj kehilangan seorang prmata yg lebih awal dpanggil olehNya, malah beliau mrupkn satu2nya anak lelaki dlm kluarga). Sy masih x dpt trima hakikat ketika itu, ia sprt mimpi. Setelah jenazah dmandikn, kelihatan peluh msih ad pd wajah beliau. Sy knal muka beliau time tidur dn begitu lah wajah yg sama pd ketika itu, mmng rasa mcm nk kejutkn je. Namun Allah lebih mnyayangi beliau.

Ketika jenazahnya d solatkn di Masjid Ayyub Al-Ansaari, ribuan yg hadir. Pd ketika itu, saya yakin beliau seorang yg tiada musuh. Rakan2nya sama2 ponteng klas pd hari itu sbb lecture2 pun x dtg univ. smata2 utk brsama solatkn jenazah beliau. Saat dkebumikn di prkuburan Eyyüp Sultan Camii, rmai yg x sangka beliau boleh dtempatkn d situ (krn prkuburan tresbut jg ad maqam sahabat Rasulullah S.A.W, Abu Ayyub Al-Ansaari serta para mukminin yg lain, jd agak luar biasa klu org yg tiada kaitan dgn krajaan tmbahan pula foreigner utk dtempatkn d situ) MasyaAllah. Ketika itu, kwan2 univ. beliau turut mmakai lencana gambar beliau pd pakaian masing2. Dlm video ini, sbnrnya bukan sy djemput utk bc surah Al-Ikhlas (x sprt yg trtera dlm video), tp sayalah yg minta utk baca. Sy ckap dkat Hoca bhw Al-Marhum prnah minta sy bc pd msa ini. Sy pun baca surah Al-Ikhlas sbnyak 3 kali (dlm video tu kali prtama), kali ke2 dan ke 3 sy sebak dan x dpt menahan air mata yg mengalir mengenangkn prmintaan beliau smasa hayatnya yg pd masa itu sy fikir beliau brgurau. setelah selesai urusan pengkebumian, bapa beliau jmp dn kata pd sy smbil senyum "nnti bc lama2 lg", sy trdiam, hati sy kata pkcik ni x rsa sedih ke, sy lebih emosi dr bapa beliau ketika itu. Pd keesokan harinya, bapa beliau mndpt pnggilan telepon dr Dr. Davut yg turut mngucapkan takziah. SubhanAllah, siapa sangka org yg teringin sgt beliau nk jmp smasa hidup tp x brkesempatan. Namun saat beliau pergi turut mndpt pengetahuan org itu. Bbrp hari yg lalu, fakulti beliau d Univ. Marmara tlh menanam sbuah pokok yg dberi nama smpena nama beliau. Papan utama d Marmara Univ tertera "AHMET AMMAR, BİZ ÇOK SEVİYORUZ" yg brmaksud " Kami amat merinduimu Ahmad Ammar". Bapa beliau tatkala melihat suasana trsebut kata pd sy smbil mnggeleng kepala "ini bukan anak yg pkcik didik ni, mesti ad org lain yg didik dia smp ke tahap ini."

Last skali sblum beliau pergi, status terakhir beliau d FB surah Taubah ayat 111 yg mana Allah brfirman "Sesungguhnya Allah mmbeli org2 mukminin, diri mrk serta harta mrk dgn syurga" ckup mmberi kesan kpd sesiapa shj yg mmbcanya. Sy redha beliau tetap telah pergi. hnya ilmu, nasihat dan smangat yg beliau tggalkn pd sy. kalau dulu org sebut Fatih var mı? pasti akan ketawa trbahak2, namun kini kalau dsebut lg, hnya wajah beliau yg akan dkenang dan air mata akan mngalir. Rmai diantara kami ingat apa yg jd pd beliau akan mnjadi kerisauan ibu bapa d luar utk mnghantar anak2 mrk ke Turki. Namun kuasa Allah rupa2nya beliaulah pncetus dan pembuka mata kpd masyarakat utk mula mngenal apa itu Turki dsamping mnjalinkn hubungan yg erat ntara Msia dan Turki.

Sungguh, beliau hebat,hebat, mmng hebat!!!. Moga dgn hnya menonton video ini rmai lg pemuda2 yg akan mengikut jejak wira uthmaniyyah ini. Sy pasti dan akan slama2nya mencemburui beliau. "Abg Long Ammar Ağabey.Seni çok seviyorum". Doakan beliau dtempatkn brsama para mukminin.

Al-Faatihah.

MUHAMMAD BiN AHMAD ZAHiD
20/11/2013
İSTANBUL,TÜRKİYE

Nurkilan Dari FB Abu Akhyar Al-Qudsi

November 23, 2013

Ahmad Ammar (Hidup dikelilingi orang2 soleh)


Nampaknya saya masih lagi gagal menahan perasaan drpd berhenti menulis mengenai Ammar. 

Ramai sekali yang masih hairan dengan fenomena Ammar. Saat selepas kematiannya sangat luar biasa sehinggalah saat akhir pemakaman jenazahnya. Luar biasa bagi seorang yang berumur 20 tahun, yang belum habis mengenali dunia dan di saat dunia juga tidak mengenalinya.

Kali ini saya menulis mengenai pembentukan Ammar di Madrasah Hayrat Vakfı, kerana kami di Turki sama2 di bawah penjagaan Hayrat. Pelajar Madrasah Hayrat ada trademark tersendiri. Kalian boleh lihat di dalam video, mereka memakai kopiah hijau, dan berserban putih.

Ada dua kunci yang boleh di ambil iktibar untuk kita semua, agar turut disayangi penduduk langit dan bumi, iaitu:

1) Menjaga hubungan dengan Allah
2) Menjaga hubungan dengan manusia.

Pelajar2 Malaysia di Turki di bawah penjagaan Hayrat tidak tinggal di asrama2 kerajaan, walaupun pelajar tersebut mendapat biasiswa kerajaan Turki. Namun ramai juga memilih tinggal di asrama kerajaan atas alasan kebebasan. Kami di Hayrat tinggal di madrasah-madrasah mereka. Oleh itu penjagaan di bawah Hayrat lebih rapi dan sempurna daripada aspek pengisian ruhani, jasmani dan aqli, di samping persediaan akademik di Universiti.

Di Madrasah, kami pelajar Malaysia dan İndonesia lebih disayangi dan dihormati berbanding pelajar dari negara lain, mungkin faktor kelembutan watak ketimuran, dan kami tidak banyak melawan atau memberontak. Ammar lebih disayangi kerana dia yang paling tidak melawan. Seburuk2 perangai orang Arab tetap menghormati Ammar. Pernah ada seorang Arab yang kasar dan kurang disukai, kaki gaduh yang keperibadiannya baru hendak dibentuk oleh Hayrat, satu-satunya orang yg dia senang ialah Ammar. Menakjubkan. Vakif2 drpd Hayrat kalau nak cari pelajar Malaysia pun mereka tetap cari Ammar, dan jarang sekali mencari pelajar2 lain terlebih dahulu.

Di Madrasah, ada rutin-rutin yang tidak didapati di asrama2 kerajaan. Waktu siang semua sibuk di Universiti masing2 dan aktiviti2 lain. Waktu malam akan ada pengajian risalah an-Nur, solat berjamaah, dan rutin2 lain ialah menulis Risalah an-Nur di dalam tulisan Uthmaniah. Antara rutin2 yang baik lagi ialah solat sunat qobliah dan ba'diah sudah seperti menjadi rutin tetap seperti solat fardhu. Begitu juga solat2 tahajjud seperti sudah menjadi seperti solat fardu. Di madrasah ini hubungan dengan Allah dititikberatkan lebih daripada segalanya. Alangkah bahagia saat akhir kematian di dalam suasana ini.

Semua ciri2 pembentukan al-Fateh ada di sini, dan Ammar adalah batch pertama yang melalui proses pembentukan ini. Ammar dihantar di sini bukan secara kebetulan tetapi penuh perancangan rapi bagi mempersiapkan dirinya untuk ummat. Namun Allah lebih mengetahui hikmah di sebaliknya.

Terdapat dua watak pada dirinya, iaitu watak al-Fateh dan watak Abu Ayyub. Barangkali Ammarlah Al-Fateh (pembuka) yang akan membuka dan menghidupkan jiwa2 yang lain, dan watak Abu Ayyub sebagai perintis kepada laluan tersebut. 

Hidup dikelilingi orang2 soleh, mati pula bersemadi jasadnya di kelilingi jasad orang2 Soleh. Takdir Allah buat hambanya yang terpilih.


Adindaku Ahmad Ammar , bersemadilah engkau di sana. Allah menyayangimu, Sungguh Hidupmu bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan Allah, jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama Allah yang mati mereka juga di dalam perjuangan.

Di Istanbul, selain daripada Fatih, Eyub merupakan tempat kegemaran saya. Di sinilah letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada Angkatan Pertama tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel. Mulai hari ini, Eyub dan Istanbul akan sentiasa dekat di hati.

Buat anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat berazam jadi orang soleh, sekurang2nya berazamlah untuk dekat dengan orang2 Soleh. InshaAllah, akhir hayat kita akan diiringi oleh orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang2 soleh, inshaAllah semoga kita juga akan ditempatkan di kalangan orang2 soleh.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa 'Afihi Wa'fu 'anhu.

Alfatihah untuk almarhum.

Nurkilan Dari FB Abu Akhyar Al-Qudsi

Kisah Ahmad Ammar (Sungguh, aku amat merindui Istanbul)

Sungguh, aku amat merindui Istanbul. Bumi yang disebut oleh Rasulullah di dalam hadis baginda, bumi yang bersemadinya jasad Sultan-Sultan Soleh, dan salah satunya Sultan yang disebut oleh Rasulullah sebagai Panglima terbaik yang akan menawan bumi Konstantinopel, dan di bumi itu jugalah bersemadinya ratusan ribu jasad para Syuhada.

Innalillahi Wa Inna ilaihi Raji'un.

Mulai hari ini, kerinduan terhadap bumi ini akan bertambah. Menerima khabar duka dari bumi Uthmaniah, apabila adindaku Ahmad Ammar dijemput menemui Ilahi dalam kemalangan dengan ambulan malam tadi waktu Malaysia. Mati ketika sedang menuntut ilmu, seorang lagi mujahid akan disemadikan di bumi bertuah ini. Adindaku Ahmad Ammar Ahmad Azam, Allah lebih menyanyangimu.

Anak yang taat kepada pasangan Ahmad Azam Ab Rahman dan Puan Nur Azlina. satu-satunya anak lelaki dan anak harapan terbaik kepada kedua2nya.

Pelajar tahun dua Universiti Marmara. Seorang pakar sejarah Uthmaniah dalam pembikinan. Mahir berbahasa Turki moden dan Turki Uthmaniah. Anak yang sengaja dihantar ke Turki sebagai persiapan untuk membentuknya menjadi pemimpin masa depan. Dijaga rapi di bawah penjagaan Hayrat Vakfi dan diberi didikan spiritual sepenuhnya oleh Hayrat Vakfi. Lembut budibicara dan tuturkata, menghormati orang tua. Kebaikan2nya disaksikan oleh banyak orang.

Anak yang cuba dipersiapkan ini dengan segala persiapan akhirnya pergi terlebih dahulu.

Hanya Allah yang mengetahui hikmah segala sesuatu.

Semoga Allah menempatkannya di kalangan orang2 Soleh dan syuhada.

Semoga Allah turut memberi ketabahan kepada keluarganya, dan buat seluruh adik2 pelajar2 Malaysia di Turkiye semoga kalian juga tabah menghadapi berita ini.

Allahummaghfirlahu Warhamhu Wa 'Afihi Wa'fu 'Anhu.

Al-Fatihah untuk al-marhum.


Nurkilan Dari FB Abu Akhyar Al-Qudsi

November 16, 2013

Novel 13 JAM A380


Sinopsis Novel

Selama tiga tahun , Hana Sofea Stalker di laman Twitter Syed Hydar, CEO Nazim Construction dan mengharapkan suatu hari nanti dia akan bertemu. Dengan tidak disangka kerana insiden yang tidak diduga di kapal terbang yang membawanya ke kota London menemukan dirinya dengan jejaka idaman selama ini. Bermulalah pengembaraan 13 jam dan mencipta kenangan indah dilangit biru . Kenangan bersama dilalui begitu pantas . Perpisahan mereka dan membuat haluan masing-masing . Mimpi dan angan Hana Sofea pergi bagai angin lalu bila menyaksikan hubungan mesra Syed Hydar bersama super model.

Di London Hana Sofea bertemu dengan sebuah keluarga Jutawan. Disitu juga dia telah menemui kanak - kanak perempuan bernama Emmel. Anak angkat Jutawan Fawwaz Hussaini kacukan melayu-inggeris-arab yang menganggap Hana sebagai ibunya. Hana Sofea bersetuju menjadi Mommy pada Emmel kerana simpati dan tidak sanggup melihat kesedihan kanak - kanak itu.

Sejak itu kehadiran Hana sofea merubah kehidupan keluarga Jutawan itu. Segala keperluan Hana selama menamatkan tempoh belajar ditanggung oleh Fawwaz. Fawwaz yang kuat dengan pengangan agamanya mendekatkan diri dan kasih sayangnya pada Ilahi. Fawwaz yang pernah melamar Hana Sofea sebanyak dua kali menjadi suri dihatinya tetapi ditolak oleh ayahnya. Setelah habis belajar Sekali lagi Hana memohon restu untuk berkahwin dengan pilihan hati. Kali ini ayah tidak lagi menghalang. Ayah Hana mengharapkan Hana dapat menerajui H's cafenya.

Syed Haydar telah merancang sesuatu untuk H's cafe dengan menaik taraf tanpa pengetahuan Hana Sofea. Syed Hydar juga disangka calon suami oleh ayah Hana Sofea membuatkan Hana Sofea tak senang duduk. Kerana itu juga Hana Sofea menyuruh Fawwaz datang ke Malaysia lebih awal untuk berjumpa keluarganya.  Hana Sofea tidak menyangka Syed Hydar membuka aibnya ketika bersama Syed Hydar tiga tahun dulu di A380 dimajlis perasmian hotel dan cafe yang diusahakan bersama Fawwaz Hussaini dan Syed Hydar. Fawwaz Hussaini tidak boleh menerima kenyataan aib Hana Sofea dan Syed Hydar walaupun itu cerita lama sebelum pertemuan mereka dahulu. Meninggalkan Fawwaz Hussaini dan menerima Syed Hydar demi maruah keluarga.

Namun takdir telah tersurat untuknya. Antara Fawwaz dan Haydar. Antara hakikat hati dan hakikat takdir. Berusaha belajar meredhai takdir. Belajar menerima jawapan Allah yang selalu dipohon. Belajar mengemudi rasa hati yang diuji. Belajar tentang hakikat sebuah kehidupan yang telah ditentukan oleh-Nya. Hanya akal yang dapat berfikir kerana ujian itu adalah jalan untuk mengenal diri dan Allah. Allah 'memperkenalkan' Allah disebalik setiap ujian-Nya.  Hana Sofea belajar menerima jawapan daripada Allah kerana kebahagiaan itu adalah pemberian dariNya. 

Novel ini lebih banyak ilmu yang kita dapat dari segi Ilmu dunia hinggalah Ilmu akhiratnya. Novel ini juga lebih matang dari segi bahasa dan corak jalan ceritanya. Bukan nak memuji melambung tinggi tapi penulis penuh dengan Ilmu pengetahuan. Novel setebal 752 muka surat ini membawa kita menerokai pengembaraan menaiki kapal tebang bersama Hana Sofea dan Syed Hydar.

November 14, 2013

Petua untuk keluarkan kahak/hinggus pada baby

Tujuan untuk melonggarkan kahak dalam paru-paru. Benda-benda berikut boleh digunakan untuk rawatan stim di rumah bagi mengeluarkan kahak pada baby.Pilih salah satu yang sedia ada dirumah.
  • Bottle steam sterilizer
  • Bottle & food warmer
  • Baldi berisi air panas
  • Rice Cooker
Campurkan salah satu bahan-bahan anti bakteria berikut dengan air.
  • Minyak habbatus sauda
  • Bawang Putih fresh yang diketuk atau Minyak bawang putih
  • Vicks
Posisi Bayi semasa rawatan
  • Sebaiknya kita letak streillizer/baldi isi air panas/rice cooker di tepi kita dan bayi diletakkan atas peha kita secara melintang atau posisi yang selesa bagi bayi.

Teknik Tepukan
  • Bentukkan tapak tangan macam cupping method dan tepuk sebelah kanan dan kiri belakang baby.Tepuk dekat bahagian tepi sahaja.Jangan tepuk direct tulang belakang.



Tips Rawatan
-Seeloknya Ulang rawatan stim antara 2/3 kali sehari,untuk beberapa hari hingga kahak/hingus tiada lagi.
Mengenal Batuk Berkahak.
  • Kahal jernih+badan sejuk = Makan madu,buah delima dan makanan bersifat panas.
  • Kahak pekat/kuning/hijau+badan panas= Minum air barli, air asam jawa dan makan makanan bersifat sejuk.
Tips:“Kalau ada shower air panas. Boleh buka shower tu sampai toilet penuh wap.Kemudian bawa anak masuk dan duduk dalam selama 15-20minit"

Note: Masa rawatan baby akan menangis. Lagi kuat baby menangis lagi cepat hingus dikeluarkan.

November 08, 2013

7 Sunnah Hebat

Dalam kehidupan sehari-hari ada kala kita mungkin telah melampaui batas. Imaginasi kotor, percakapan dan perbuatan yang tidak betul menjadikan kita selalunya semakin jauh dengan Allah SWT. Tetapi itulah kita manusia, tak lari dari kesilapan..dan mujurlah Allah selalu membuka pintu taubat kepada kita, agar dapat kita meneruskan perjalanan menuju akhirat dengan lebih berkat. Hendaknya kita sekurang-kurangnya selalu menjaga Tujuh Sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:


  1. Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya. Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin hampir dengan Allah.
  2. Membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman. Paling tidak jika sesibuk manapun kita, bacalah ayat 3Qul, atau ayat qursi.
  3. Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke mesjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
  4. Jaga sholat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha. Yakinlah, kesan solat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki.
  5. Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari. Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah berlipat kali ganda.
  6. Jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
  7. Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.


Note : Ustaz Don Daniyal

October 13, 2013

Moist Chocolate Cake

Bahan A
  • 2cawan tepung gandum
  • 1sdt Soda bikarbonat
  • 1sdt Baking powder
  • 4sudu besar serbuk koko(penuh tau)

Semua bahan di campur dan di ayak sekali..

Bahan B
  • 4biji telur
  • 1cawan gula blend
  • 1cawan susu pekat manis
  • 1cawan minyak masak(minyak jagung pon boleh)

 Blender bahan B iaitu telur+gula 8-10minit. Masukkan susu + minyak blend lagi selama 2minit.

Bahan C
  • 1cawan air panas mendidih(Panaskan air kukusan secukupnya.)
Masukkan Bahan A + Bahan B kacau rata. Kemudian masukkan air panas mendidih tadi, kacau sehingga sebati. Sapukan loyang dengan marjerin. Tuang adunan dalam bekas dan kukus selama 1jam. Semasa mengukus tutup tudung periuk kukus dengan kain supaya wap tidak menitis atas kek..(pastikan air mendidih baru kukus). Masukkan ke dalam fridge. 

Topping
  • 1sudu besar marjerin
  • 21/2sdb serbuk koko
  • 1/4 cawan susu cair
  • 3/4 cawan susu pekat. Masak double boiler hingga sebati sehingga menjadi pekat sedikit. Sejukkn dan tuang atas  kek. Tabur choc rice dan choc masakan.

Tepung Pelita


Lapisan hijau
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • 1 cawan gula(tak cukup manis bleh tambah)
  • 7 cawan air daun pandan seafdalnye.tapi sy gune coconut pandan emulco.wangi jgk..
  • sedikit pewarna hijau (kalau warna daun pandan tidak mencukupi, sy tak letak pon).
Larutkan bahan2 atas hingga sebati kemudian jerang atas dapur guna api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan bancuhan dalam bekas2 atau sampan daun pisang. Tepikan.

Lapisan Putih (Santan)
  • ¾ cawan tepung beras 1 sudu besar tepung jagung
  • 5 cawan santan (pakai santan kotak je,santan tak cukup jd sy buh je susu segar ckit)
  • 2cawan air
  • 1 sudu kecil garam
Larutkan bahan2 dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih dan berkilat. Padam api dan curahkan atas lapisan hijau. Sejukkan seketika sebelum dimasukkan ke dalam fridge.


"Jom berdoa kepada Allah setiap hari supaya hati kita lembut dan suka kepada kebaikan dan mudah melihat kelemahan diri sendiri dan ingin mengubah dunia dalaman kita untuk mengubah dunia luaran kita dan hasil kehidupan kita"

October 12, 2013

Resepi Puding Gula Hangus

Bahan A

  • 5 sudu besar gula (ikut suka klau nak banyak >di jadikan gula hangus)
Gula di masak atas dapur dgn api yang kecik dan sentiasa kacau. Jangan sampai hitam hangus.(ade orang tambah 2 sudu air.sy tak tambah). Bila gula dah cair masukkan cepat-cepat kedalam loyang kerana gula akan mngeras dan ratakan dlm loyang.

Bahan B
  • 6 biji telur
  • 1/2 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 1 tutup esin vanilla
Bahan B di pukul atau blander. Masukkan bahan B kedalam loyang berisi gula hangus tadi. Tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus dlm masa 45minit atau sampai masak. Pastikan sebelum tu pengukus sudah di panaskan. Dah siap bolehlah di sejukkan dalam peti sejuk.

"Setiap saat, esakan Allah. Kedua, ikhlaskan diri dalam amalan dan jangan bertangguh mengerjakan suruhan Allah. Ketiga, jangan malu kepada manusia tetapi malulah kepada Allah. Hentikan menyebut perkataan 'apa orang kata' tapi fikirkan 'apa pandangan Allah'".

8P Tips Keluarga Bahagia

  1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
  2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
  3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
  4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
  5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
  6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
  7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
  8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

"Ibu bapa mesti mendengar apa yang remaja hendak cakap. Kebanyakan ibu bapa mahukan anak-anaknya mendengar cakapnya sahaja, dan memberikan imej negatif kepada remaja tanpa memberikan peluang kepada mereka membina imej positif diri"

September 27, 2013

Islam Itu Indah


Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...

September 24, 2013

Surah Luqman [31:17]


"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

"Niat untuk lebih memberi, menyayangi, memuji, menghargai, mendengar, muhasabah diri, memerhati diri, mencari ilmu, menyebut kebaikan orang lain, bekerjasama, dan lihat bagaimana hidup akan lebih tenang dan bahagia".-Prof Dr Muhaya

5 perkara menjaga hati,yang menentukan kehidupan kita.


  1. Tadabbur Al Quran.
  2. Perut yang kosong- berpuasa. 
  3. Menjaga pemakanan dengan benda yang halal dan tidak berlebihan- setiap yang haram akan memberi kesan pada kita dan anak anak- jika anak degil jom audit rezeki yang kita bawa pulang. 
  4. Ibadat di waktu malam- apabila malam gelap mata hati kita lebih terang.
  5. Merendahkan diri pada Allah pada waktu sahur- semoga kita mulakan hari dengan benda positif- jom banyakkan bertasbih - UStaz Zul RAmli-
"Semoga kita jalani hari ini dengan niat menjadi hamba Allah yang bertakwa, khalifah yang memberi kebaikan dan melakukan semua aktiviti mengikut hukum Allah. Jom niat untuk solat tepat pada waktu dan menjaga aurat dan pergaulan serta menjaga pemakanan yang sihat.Dan semoga kita di beri keberkatan waktu dan ketenangan jiwa setiap saat. Jom niat solat tepat waktu dan berjemaah."-Prof Dr Muhaya


September 22, 2013

Surah Al-A'raf [7.23]


Kalimah pengakuan taubat yang diilhamkan Allah kepada Nabi Adam dan isterinya, Hawa. [7:23]

"Jom berdoa kepada Allah setiap hari supaya hati kita lembut dan suka kepada kebaikan dan mudah melihat kelemahan diri sendiri dan ingin mengubah dunia dalaman kita untuk mengubah dunia luaran kita dan hasil kehidupan kita"-Prof Dr Muhaya

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.”

Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

September 18, 2013

Cara mengatasi masalah kembung perut bayi.


Petua yang saya dapat ketika meng'google' untuk masalah kembung perut bayi.Ibu-ibu muda seperti  saya mesti runsing, risau, kasihan melihat simanja.Saya akan kongsikan dengan anda cara untuk mengatasinya.
  1. Sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di bawah pelipat, di tapak kaki, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang.
  2. Menggunakan daun sirih yang di layar di atas api lilin dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.Setelah itu barutkan pada perut bayi
  3. Ambil dua atau tiga biji lada hitam atau jintan manis dan bunjutkan, panaskan atas api lilin, kemudian tekapkan di ari-ari bayi. Pastikan tidak terlalu panas 

Cara mengelak masalah kembung perut bayi.

  1. Pastikan  selepas menyusu, sendawakan bayi .Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan atau dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya perlahan-lahan untuk menggalakkan angin dalam perut dilepaskan.
  2. Meniarapkan bayi.
  3. Apabila bayi menangis berterusan, akan mengakibatkan perut bayi mudah kembung. Oleh itu, ibu bapa perlu segera memujuk bayi dengan memeluknya, ia bagi menenangkan emosinya supaya mengelakkan masalah perut kembung menjadi lebih teruk.
  4. Postur menyusukan bayi harus juga diperhatikan.Jika bayi disusukan dengan susu botol, pastikan susu penuh pada mulut botol. Ini bagi mengelakkan bahagian hadapan mulut botol serong untuk mengelakkan bayi tertelan banyak udara. Bagi kaedah menyusukan bayi dengan susu ibu, biarkan bayi berdepan dengan payudara ibu, dan pastikan mulut bayi masuk dalam keseluruhan puting dan areola.
  5. Sebahagian makanan pepejal juga boleh mendatangkan perut kembung. Seperti makanan yang berangin.
Faktor- faktor  yang menyebabkan bayi kembung perut.
  1. Bayi menyusu mengunakan botol, saiz lubang puting botol yang tidak sesuai atau kedudukan botol salah ketika menyusu.
  2. Bayi menangis berlebihan juga mungkin menyebabkan kembung perut.



September 11, 2013

Cara mengatasi kerak di kepala bayi.

Petua yang saya dapat ketika meng'google' untuk hilangkan kerak pada bayi.Ibu-ibu muda seperti  saya mesti runsing, risau, kasihan melihat simanja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah bergaru-garu kepala kerana gatal. Saya akan kongsikan dengan anda cara mengatasinya.

  1. Menyapukan santan kelapa.
  2. Sapu minyak zaiton.
  3. Masukan kelapa yang diparut/mesin kedalam kain dan bunjutkan.

Cara dia sapu atau tuamkan keatas kepala bayi,bila kerak dah kembang sikat rambutnya perlahan-lahan. Kerak itu akan hilang dan rambut bayi akan tumbuh lebat hitam dan lurus.in sha allah dengan izinnya.

*Untuk ibu yang mengandung masuk 7bulan minum air kelapa.Petua ini untuk membersihkan kepala bayi semasa dalam kandunggan.

Salah satu perkara sunat yang digalakkan semasa kita menerima cahayamata ialah bercukur, diantara kebaikannya:
  1. Mengelakkan sakit kepada(insyAllah).
  2. Menajamkan fikiran(insyallah).
  3. Membuang selaput-selaput dilapisan kepala bayi, yang mana bayi keluar dari rahim badan diselaputi oleh darah, air mentuban dll.

Andai Ramadhan punya perasaan



Andai Ramadhan punya perasaan.
Pesan Ramadhan..
Wahai manusia yang dalam kerugian..
Dari kejauhan aku akan menggalkan kamu smua...
Yaa .hendak kemana aku?

Dengan lembut ku berkata..wahai manusia yang rugi..
Maaf aku harus pergi.mugkin lamaa..
Wahai manusia yg rugi..';
Tolong pesankan pada golongan yg bernama MUTTAQUN
Ajaklah sabar untuk menemani hari hari duka mereka..setelah ketiadaan aku nanti untuk tempoh yg lama.
Peluklah istiqamah saat dia berada dalam kelelahan dalam perjalanan taqwanya meraih redha sang pencipta..

Pesan Ramadhan lagi..
Wahai manusia yg rugi..aku pasti akn tinggalkan kamu kerana..itu dia..syawal hampir tiba..

Wahai manusia yg rugi..
Aku ingin pesan.sungguh aku masih berbaki 3hri lagi.aku ingin pesan.segeralah kau merbut ampunan tuhanMu..
Suggguh malangla kamu wahai manusia yg sememangnya dalam kerugian.jika Berlalunya aku nanti pergi meniggalkan.kalian ..
Sedangkam dosa dosa kalian gv sebanyak buih dilautan.tidak terampun ..

Wahai.manusia yg rugi .
Pastinya aku merindui amal kebaikan sedeqah mu ,bacaan.quranmu ,kesabaranmu,qiyamulail mu dan sedu tangisan mu di kala sujud rebah menghadap penciptamu..

Wahai manusia yg rugi..
Aku berharapa agar kau berterusan dzlam melaksanakan ibadah yg kau lazimi dalam.tmpoh aku bersama mu hampir sebulan lamanya..
Agar kelak akan.datang saat kau menanti kehadiranku....kau sangat merindui keberkatan ku .
Kau rindukan ibadah terawih dimalamnya
Kau tunggu sahur di sepetiga malam.

Wahai manusia yg rugi.
Pesanku pada kalian.
Tangisila pemergianku.

Selagi kau masih dipilihNya utk meraikan aku selama sebulan.

Kerana ini mungkin pertemuan terakhir aku Ramadhan bersama mu duhai manusia.

Amalan untuk ibubapa lakukan semasa anak dalam dewan peperiksaan

  1. Berpuasa sunat di hari anak-anak mengambil exam, sebab doa ibubapa amat makbul. Doa org yg berpuasa itu makbul, apatah lagi doa ibubapa yang sedang berpuasa.
  2. Lakukan solat taubat dan solat hajat dan mohon agar anak tenang dan dapat jawab semua soalan dengan cemerlang.
  3. Baca Quran dan hadiahkan pahala kepada anak agar terang hati dan tenang fikiran,
  4. Lakukan solat Dhuha dan doakan untuk anak.
  5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim, dan hadiahkan pahala untuk anak.
  6. Berterusan berzikir dan berdoa.
  7. Hantar gelombang positif kepada anak-- bayangkan wajah anak dan yakin dia dapat jawab semua soalan dengan tepat.
  8. Benar-benar bertawakkal kepada Allah dan redha dengan segala ketentuanNya. Aameen


Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

July 12, 2013

Seorang Anak Perlukan Kasih Sayang Seorang Ayah


ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"

Ayah pun berasa geram.

AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya. Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"
ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira.

ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"

Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya.

AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?" 
ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah".Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.

Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja keras untuk mendapat kemewahan dan mengabaikan kasih sayang kepada anak dan isteri. Sentiasalah ingat bahawa apalah saja nilainya RM100 sejam tersebut kalau dibandingkan dengan nilai sejam bersama orang tersayang? Kalau kita meninggal esoknya, tempat kita bekerja dengan senangnya akan mencari pengganti kita. Tetapi, keluarga dan sahabat handai yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan kita untuk seumur hidup. Dan kalau difikirkan lagi, kita memang sentiasa mendekatkan diri kita di tempat kerja berbanding dekat dengan keluarga kita.

"Ubah pekerjaan kita dari mencari keperluan hidup kepada memenuhi tujuan hidup supaya kita merasakan setiap aktiviti penuh bermakna"-Prof Dr Muhaya

Petua Banyakkan Susu Badan



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


  1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
  2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
  4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.
  5. Dapatkan rehat yang secukupnya.
  6. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
  7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
  8. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  •  Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
  • Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
  • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


Makanan


  1. Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
  2. Bayam
  3. Broccoli; sumber kalsium yang baik.
  4. Sawi
  5. Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  6. Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  7. Kacang Hijau; bubur kacang hijau
  8. Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  9. Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
  10. Petola, daun turi; masak lemak manis
  11. Kacang Buncis
  12. Kacang Dal; makan dengan roti canai
  13. Pucuk betik
  14. Roti; segala jenis roti especially roti planta
  15. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  16. Madu; sebagai pemanis dalam minuman
  17. Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
  18. Ikan Tenggiri
  19. Sengkuang Cina
  20. Biskut bijirin -
  21. Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
  22. Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman


  1. Air masak; minum lebih 3 liter sehari
  2. Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  3. Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
  4. Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
  5. Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
  6. Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  7. Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  8. Soya
  9. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  10. Air Kelapa
  11. Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
  12. Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  13. Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  14. Milkmaid tea
  15. Melilea Organic Soya Drink
  16. Autumnz Organic Nursing Tea
  17. Joy Angel Nursing Tea
Zikir dan Doa


  1. Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  2. Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
  3. Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  4. Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lain-lain Amalan


  1. Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
  2. Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
  3. Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
  4. Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
  5. Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  6. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
  7. Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
  8. Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  9. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.
"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"

Rujukan: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung