March 08, 2010

9 SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA


Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah:

1. *Pemarah* paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2. *Pendendam* tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. *Hasad dengki* - amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.


4. *Bakhil* - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan,pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiadaduit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abidtetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. *Tamak* orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. **Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. *Tidak sabar* andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. *Ego* - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. *Riak* terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. *Cinta dunia* - tidak dapat menderita, ....dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan
kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada
bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.

Atasi Mengantuk

Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk.Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.


Tekanan darah menurun Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan
  1. Rasa mengantuk
  2. Lesu pada waktu siang
  3. Sakit belakang
  4. Dehidrasi
  5. Sakit kepala
  6. Memperlahankan kadar metabolisma
  7. Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
  8. Sendi dan otot mengalami kekeringan
  9. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  10. Meningkatkan keinginan untuk makan
  11. Darah menjadi pekat
  12. Mudah keliru.
  13. Degupan jantung meningkat
  14. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.


p/s : jom share sama-sama cara nak hilangkan  menggantuk dan mengurangkan berat badan.Dah  baca tunggu apa lagi praktis OK!..Semoga Berjaya..=p

Ciptaan Allah s.w.t

Dah lama tak post dekat blog.Hari ni aku nak share dengan kawan-kawan bertapa besarnya ciptaan Allah s.w.t.Jom kita lihat betapa Hebatnya ciptaan ALLAH s.w.t. :)

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.









Namun pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, namun nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t.

p/s : Cantikan,bila lar  agaknya dapat pergi melilat dengan mata sendiri ya..hehee..=p


March 02, 2010

30 Reason to Marry that Girl


1) I Love her.
2) She loves me.
3) I’m happy with her.
4) She happy with me.
5) I want her to be my wife.
6) She is shy person.
7) She so cute.
8) I like her eyes.
9) I don’t have a reason to love her. Just I love her.
10) I want to know everything she did.
11) I love her smile.
12) She always makes me happy.
13) When I get up I want her to be at my side.
14) I want to say I love her every day.
15) I like her the way she is.
16) She is my future.
17) I want her to be my mother daughter in law.
18) She the one who change me to be a good person.
19) She understands me.
20) I like her attitude.
21) She so polite.
22) I always miss her.
23) She like the last Malay women.
24) I like the way he walk.
25) I like the way she eat.
26) I like the way she act.
27) She is in my dream
28) She is my women.
29) I like to be with her.
30) I likes everything about her.

Note : Lawa Kan??Terima Kasih En Sayang! :)

March 01, 2010

Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari,
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati,
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci.

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi,
Dugaan Yang Menimpa Diri,
Bersabarlah Di Atas Suratan,
Ku Tetap Pergi Jua.

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku,
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu,
Ya Allah Bantulah Hamba Mu.

Mencari Hidayah Daripada Mu,
Dalam Mendidikkan Kesabaranku,
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu,
Di Atas Perpisahan Ini.

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. 
SemogaAllah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. 
Teruskan Perjuangan"
Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku,
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu,
Ya Allah Bantulah HambaMu,
Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu,
Menjadi Ingatan Setiap Waktu,
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu,
Kenangku Di Dalam Doamu.
Semoga Tuhan Berkatimu

Super Senior & Super Junior :)





Note : Kenaggan manis susah untuk dilupakan :)