"Abang badan saya
sakit-sakit".
Aishah Abdulah
"Lalu suami berkata."
"Itu la buat kerja banyak sangat, sakit urat
kot".
2. Seorang isteri mengadu.
"Abang saya rasa pening rasa nak
pitam".
"Lalu suami berkata."
"Penat sangat tu,makan panadol."
3. Seorang isteri mengadu.
"Abang duit belanja dapur dah
habis".
"Lalu suami berkata".
"Aik,kan baru bagi lagi takkan dah habis,pening la
macam ni".
4. Seorang isteri mengadu.
"Abang saya rasa penat nak
bersama".
"Lalu suami berkata".
"Ala asyik penat jer,stress betul".
5. Seorang isteri mengadu.
"Abang badan saya kebelakangan ni
rasa sejuk-sejuk jer, kenapa yer?".
"Lalu suami berkata".
"Nak demam kot".
6. Seorang isteri mengajak pergi klinik.
"Abang boleh bawak saya bergi buat
check –up tak?".
"Lalu suami berkata".
"Lain kali la,abang busy,lain kali kita
pergi".
7. Seorang isteri memohon.
"Abang boleh bagi saya cuti satu
hari,saya nak berehat.Abang tolong bawak anak-anak keluar.
Saya betul-betul dah penat".
Saya betul-betul dah penat".
"Suami berkata".
"Alaaaa…abangpun penat juga".
Walhal seorang suami waktu cutinya boleh tidur selama mana
diingini.
Namun suatu hari.
Si isteri merayu sambil menangis.Bang sempena hari ibu ni
saya nak minta satu permintaan, boleh tolong saya tak?Tolong bawa anak-anak keluar
sekejap tak saya nak tidur”.Melihat kan airmata dan rayuan isteri tadi suami
bersetuju.
"Baiklah abang bawak pergi rumah mak…nanti petang abang balik".
Namun, sekembalinya suami ke rumah.si isteri dilihat tidur
dengan nyenyak dan apabila dikejutkan si isteri rupanya telah tidur untuk
selamanya.Akhirnya suami tadi sedar tapi segalanya dah terlambat
baginya….
SAYANG….abang mintak maaf.
- Bila SAYANG mengadu sakit2 badan…. Abang sangkakan SAYANG sakit urat…..tapi penyakit itu telah menular dan menyakiti SAYANG di segenap nadi SAYANG.
- Bila SAYANG mengadu pening dan rasa nak pitam…abang sangkakan…..penyakit biasa dan suruh SAYANG telan panadol jer.
- Bila SAYANG mengadu duit belanja dapur dah habis…abang bising cakap abang pening kepala pikul beban sorang-sorang…walhal SAYANG juga pening memikirkan macamana nak berjimat sampai SAYANG nak beli keperluan SAYANGpun tak cukup….sampai SAYANG nak beli barang-barang peribadi SAYANG pun susah….sampai SAYANG nak menggantikan pakaian dalaman SAYANG sebulan satu pun tak der.
- Bila SAYANG mengadu penat nak bersama…..abang selalu marah2 dan berhasrat nak cari lain…walhal sel-sel badan SAYANG dah x mampu nak tanggung beban tugas seharian SAYANG di rumah.
- Bila SAYANG ajak abang pergi buat check-up…..abang kata abang sibuk walhal kerja opis abang tak pernah habis…..dan masa yang ada kekadang abang tolong kawan-kawan.
- Bila SAYANG mengadu rasa sejuk2 badan dan abang kata nak demam rupanya itu tanda-tanda SAYANG dah nak pergi.
- Bila SAYANG mengadu nak cuti sehari….sebagai majikan SAYANG …abang tak pernah bagi cuti walau setengah hari…..kesian SAYANG ….
SAYANG maafkan abang,abang tak pernah nampak semua
kesakitan yang SAYANG alami.Kuatnya SAYANG hadapi setiap kesakitan itu
plus dengan kerenah abang dan anak-anak. Abang tak pernah hirau nak baawak
SAYANG ke klinik buat full body check up kerana abang ingat semua tu sakit
biasa. Nampak sayang sentiasa sihat dan tersenyum waktu abang balik…Cuma sayang
mengadu macam tuh jer.
Maafkan abang kerana tak pernah ambil serius kesihatan
SAYANG.Namun semuanya dah terlambat.SAYANG dah pergi untuk selamanya,segalanya
takkan berpatah balik.Sekarang selama seminggu pemergian SAYANG.Abang ambil
cuti menguruskan anak-anak dan abang rasa keletihan dan kelelahan SAYANG.Bagi abang kerja di opis masih juga ada waktu abang berehat,agaknya sebab
tulah SAYANG penat sangat.
Maafkan abang kerana semuanya sudah terlambat.
cc:FB