Tahnik bermaksud memamahkan kurma hingga hancur, menyuapkan
ke mulut bayi dan menggosokkan kurma tersebut (yang telah hancur tadi) ke
langit-langit mulut si bayi. Ia dilakukan dengan memasukkan sedikit kurma yang
telah hancur dikunyah ke mulut bayi, kemudian menggerak-gerakkannya ke kanan
dan kiri dengan lemah lembut. Ia dilakukan sehinggalah mulut bayi tersebut
dapat mengecapi/memakan kurma yang dimamah tadi dengan sebaiknya.
Ini adalah berdasarkan beberapa hadis yang menunjukkan
perihal kesunnahan perbuatan ini yang tsabit dari Nabi s.a.w. sendiri. Antara
hadisnya adalah sebagaimana berikut,
Dari Abu Musa radhiyallahu ‘anhu (r.a.), katanya: “Telah
dilahirkan untukku seorang bayi lelaki lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w.
dan baginda menamakannya Ibrahim lalu ditahnikkannya dengan sebiji buah kurma.
Beliau mendoakan keberkatan dan kemudiannya memulangkannya kembali kepadaku.”
(Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab Aqiqah, no. 376)
Berkata Dr. Faruq Musahil dalam Majalah al-Ummah
al-Qathariyah, jil. 50 dalam sebuah artikel berjudul: “Perhatian Islam Terhadap
Nutrisi Anak”, ketika menjelaskan hadis berkaitan tahnik, beliau menyatakan:
“Tahnik dengan timbangan apapun merupakan sebuah mukjizat
kedoktoran Nabi yang telah berlaku sejak empat belas abad yang lalu agar
manusia mengetahui tujuan dan hikmah di sebaliknya.
Berdasarkan ilmu
kedoktoran, anak kecil itu (khususnya yang baru sahaja lahir) memiliki
kebarangkali yang tinggi untuk mengalami kematian dan penyakit jika terjadinya
dua perkara, (iaitu) – 1 – Jika kadar gula dalam darah berkurang (disebabkan
kelaparan), dan – 2 – Jika darjah suhu tubuh mereka turun mendadak ketika
dihadapkan kepada udara dingin dari persekitaran mereka.” (Dinukil dari Buku
“Mendidik anak Bersama Nabi shallahu ‘alaihi wa sallam, Terbitan Pustaka
Arafah, oleh Muhammad Suwaid)
Berdasarkan pembuktian saintifik, sememangnya hal ini
diperakui di mana gula yang merupakan binaan dari glucosa terutamanya gula dari
buah-buahan seperti kurma merupakan gula teringkas yang mudah dicernakan dan
pemberi tenaga segera kepada tubuh badan sekaligus membantu menentukan
kandungan gula dalam darah. Gula juga memainkan peranan dalam kadar metabolisma
dalam badan yang mana berupaya memberikan kesan peningkatan suhu badan pada
kadar tertentu.
From FB Poliklinik dan Pusat Bersalin Barakah
No comments :
Post a Comment