Sinopsis Novel
Selama tiga tahun , Hana Sofea Stalker di laman Twitter Syed
Hydar, CEO Nazim Construction dan mengharapkan suatu hari nanti dia akan
bertemu. Dengan tidak disangka kerana insiden yang tidak diduga di kapal
terbang yang membawanya ke kota London menemukan dirinya dengan jejaka idaman
selama ini. Bermulalah pengembaraan 13 jam dan mencipta kenangan indah dilangit
biru . Kenangan bersama dilalui begitu pantas . Perpisahan mereka dan membuat
haluan masing-masing . Mimpi dan angan Hana Sofea pergi bagai angin lalu bila
menyaksikan hubungan mesra Syed Hydar bersama super model.
Di London Hana Sofea bertemu dengan sebuah keluarga Jutawan.
Disitu juga dia telah menemui kanak - kanak perempuan bernama Emmel. Anak
angkat Jutawan Fawwaz Hussaini kacukan melayu-inggeris-arab yang menganggap
Hana sebagai ibunya. Hana Sofea bersetuju menjadi Mommy pada Emmel kerana
simpati dan tidak sanggup melihat kesedihan kanak - kanak itu.
Sejak itu kehadiran Hana sofea merubah kehidupan keluarga
Jutawan itu. Segala keperluan Hana selama menamatkan tempoh belajar ditanggung
oleh Fawwaz. Fawwaz yang kuat dengan pengangan agamanya mendekatkan diri dan
kasih sayangnya pada Ilahi. Fawwaz yang pernah melamar Hana Sofea sebanyak dua
kali menjadi suri dihatinya tetapi ditolak oleh ayahnya. Setelah habis belajar
Sekali lagi Hana memohon restu untuk berkahwin dengan pilihan hati. Kali ini
ayah tidak lagi menghalang. Ayah Hana mengharapkan Hana dapat menerajui H's
cafenya.
Syed Haydar telah merancang sesuatu untuk H's cafe dengan
menaik taraf tanpa pengetahuan Hana Sofea. Syed Hydar juga disangka calon suami
oleh ayah Hana Sofea membuatkan Hana Sofea tak senang duduk. Kerana itu juga
Hana Sofea menyuruh Fawwaz datang ke Malaysia lebih awal untuk berjumpa
keluarganya. Hana Sofea tidak menyangka
Syed Hydar membuka aibnya ketika bersama Syed Hydar tiga tahun dulu di A380
dimajlis perasmian hotel dan cafe yang diusahakan bersama Fawwaz Hussaini dan
Syed Hydar. Fawwaz Hussaini tidak boleh menerima kenyataan aib Hana Sofea dan Syed
Hydar walaupun itu cerita lama sebelum pertemuan mereka dahulu. Meninggalkan
Fawwaz Hussaini dan menerima Syed Hydar demi maruah keluarga.
Namun takdir
telah tersurat untuknya. Antara Fawwaz dan Haydar. Antara hakikat hati dan
hakikat takdir. Berusaha belajar meredhai takdir. Belajar menerima jawapan
Allah yang selalu dipohon. Belajar mengemudi rasa hati yang diuji. Belajar
tentang hakikat sebuah kehidupan yang telah ditentukan oleh-Nya. Hanya akal
yang dapat berfikir kerana ujian itu adalah jalan untuk mengenal diri dan
Allah. Allah 'memperkenalkan' Allah disebalik setiap ujian-Nya. Hana Sofea belajar menerima jawapan daripada Allah kerana kebahagiaan itu adalah pemberian dariNya.
Novel
ini lebih banyak ilmu yang kita dapat dari segi Ilmu dunia hinggalah Ilmu
akhiratnya. Novel ini juga lebih matang dari segi bahasa dan corak
jalan ceritanya. Bukan nak memuji melambung tinggi tapi penulis penuh dengan
Ilmu pengetahuan. Novel setebal 752 muka surat ini membawa kita menerokai
pengembaraan menaiki kapal tebang bersama Hana Sofea dan Syed Hydar.
No comments :
Post a Comment