Apakah penyakit angin pasang atau inguinal hernia?
Kita kerap mendengar kes kes angin pasang berlaku pada orang
dewasa dan kanak kanak. Kes angin pasang kanak kanak berlaku dengan kekerapan 3
– 5 kes dari setiap 100 kelahiran, atau bersamaan 3- 5%. Ia lebih kerap berlaku
untuk anak lelaki berbanding perempuan dan 60% daripadanya berlaku pada
bahagian kanan inguinal berbanding bahagian kiri. 10-15% kes melibatkan kedua
dua belah (bilateral). Kes kes angin pasang lebih kerap berlaku pada anak-anak
yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40-55% disebabkan proses perkembangan
bayi yang masih belum sempurna.
Apakah penyebab penyakit ini terjadi?
Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya
berada pada aras yang sama dengan ginjal. Organ testis akan bergerak ke arah
kantung zakar mengikut panduan struktur Gubernaculum dan di bawah pengaruh
beberapa hormon. Pergerakan testis ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa
abdomen dan keduanya adalah fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba
di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang
kemudiannya di kenali sebagai selaput processus vaginalis.
Selaput processus
Vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika umur
bayi berada pada 36-40minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk
mengecut dan tertutup dengan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara
kawasan abdomen dan kantung zakar. Jika lubang kepada saluran ini halus, maka
hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya. Keadaan ini dikenali sebagai
hydrocoele.
Walaubagaimanapun, jika lubang pada selaput tersebut adalah
besar, (keadaan angin pasang @ Inguinal Hernia) struktur seperti usus, kilang
ovary dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan
tersumbat.
Apakah simptom simptom yang lazim untuk penyakit ini?
Simptom awal
a) kawasan ari-ari (inguinal) dan / atau kantung zakar yang
bengkak.
b) kawasan bengkak biasa berlaku ketika anak menangis,
berlari atau meneran dan bengkak tersebut boleh kekal atau surut selepas
aktiviti terbabit.
Simptom kronik
a) bengkak yang tidak surut disertai dengan keadaan anak
yang dalam tidak selesa dan dalam kesakitan.
b) perut kembung disusuli episod muntah- muntah.
Bawalah anak anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya
mereka mempunyai simptom tersebut.
Nukilan
Doktor Budak
No comments :
Post a Comment