Seorang wanita ingin berjumpa saya sebelum ceramah di satu
tempat. Saya tak sempat dan dia duduk dengar ceramah..Habis dari ceramah dia
jumpa saya. Dia kata soalan saya dah terjawab...
Saya tanya apa jawapannya. Jawapannya ialah belajar
mencintai Allah dan mencintai Nabi saw. Itulah cinta yang sebenarnya..
Kenapa? Tanya saya.
Jawab puan tu, tadi saya datang nak cerita masalah suami
saya. Perangainya telah membuatkan hati saya tawar padanya. Saya sudah muak dan
memang dah tak boleh nak layan dia melainkan dengan terpaksa..saya dah tak
boleh sayang dia lagi..
Dalam ceramah tadi ustaz cerita mengenai cinta laila majnun.
Lelaki yang gilakan laila yakni qais amiri. Dia pergi ke bandaraya laila. Dia
cium setiap tembok tembok di bandar itu. Cium pintu. Cium bangunan tempat
tinggalnya laila.Mereka tidak dapat berjumpa. Bila ditanya kamu sudah gila. Ini
bukan laila. Tapi tembok dan tiang. Jawabnya aku tahu ini bukan laila. Tapi
disebalik tembok ini ialah laila. Aku mencintai tempat tinggalnya laila. Aku
mencintai setiap yang berkaitan dengan laila. Apa sahaja.
Kita mencintai Nabi saw, tempat tinggal Nabi saw yakni
Madinah. Setiap kehidupan. Setiap jejak langkah Nabi saw. Setiap pesanan Nabi
saw. Pesanan Nabi saw orang yang terbaik ialah orang yang paling terhadap ahli
keluarganya..perintah Nabi saw buat baik pada orang buat jahat pada kita.
Sambung silaturrahim dengan orang yang ingin memutuskkannya.
Maka saya putuskan untuk belajar mencintai suami saya kerana
saya sayang Nabi saw. Seluruh hidup saya terhutang budi pada Nabi saw.
Benarlah bila kita kembali pada Allah. Masalah yang sama
semalam penyebab rasa nak bunuh diri. Tapi setelah kembali pada mengenal Allah.
Masalah yang sama menjadi sebab kita semakin kuat dalam hidup dan menjadi batu
loncatan perubahan dalam hidup kita.
Nukilan
Ebit lew
No comments :
Post a Comment