January 17, 2012

Jenaka Al - Kisah Orang Kedah


Polis mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Kedah.Nak jadi cerita ada  Pak Cik Abu  baru dapat Lesen "P".. Pak Cik Abu  ni lupa nak letak stiker "P" dekat motor dia.. Pak Cik Abu  dah gelabah macam mana aku nak pergi ambik anak aku ni.. Nak patah balik atau terus kan saja perjalanan ni..Selang beberapa minit kemudian  Pak Cik Abu  dapat idea macam mana nak cakap dekat polis.. Pak Cik Abu  teruskan perjalanan dengan muka selamba..

Polis : Assalammualaikum pakcik. Nak tanya "P" mana pakcik?

Pak Cik Abu : Waalaikummusalam pakcik nak P Aloq Staq (loghat Kedah).

Polis : Pakcik saya tanya lain ni..

Pakcik Abu : Betul lar pakcik jawab..

Polis : Pandai pakcik bergurau ye.. "P" mana pak cik?

Pak Cik Abu : Pakcik nak p Aloq Staq hanqpa tahu tak!!!. (Tinggi suara).

Polis : Amboi, main-main pulak pakcik ni..Pak Cik, "P" mana?

Pak Cik Abu : Pakcik kan dah habaq dari xdi lagi pakcik nak "P" Aloq Staq hangpa tak percaya. Apa hang ingat pakcik tak tau ka jalan ni nak pi aloq staq. Hangpa jadi polis pun hangpa jangan nak perleceh aku tau (marah).

Polis : Pi pi pi pi lah ... (Geram jer)

Pak Cik Abu : Kan mudah camtu ..Dalam hati "Selamat dah aku" .(Dengan senyum sampai ke telingga)

 
p/s : ha3..pengalaman kawan dengan orang kedah time kolej dulu..=)

January 12, 2012

Jenaka Gelagat Budak Sekolah



Hari ini aishah nak coret sikit pengalaman aishah baru2 ni hantar anak saudara pergi sekolah..Biasa lar bukak sekolah mesti ramai parents hantar anak2 masuk sekolah..Tengok gelagat budak2 Tahun1 nak gelak je..yg paling aishah xdapat nak lupakan ada 1 situasi,cikgu ada dalam kelas..dia duduk luar kelas main sorang2..Penat main dia dtng kantin ambik air trus minum..xbayar pun..dia ingat mcm umah dia kot..he3..semua parents yang ada dekat kantin gelak tgok gelagat budak 2..Pekerja dekat kantin 2 xdan nak cakap apa..he3..2 dekat sekolah Agama Rakyat..

Ni pulak dekat sekolah Kebangsaan..Aishah dok tunggu anak saudara aishah keluar rehat..Parents2 semua kena duduk dekat kantin..x di benarkan masuk dewan sama anak2 coz takut anak2 nak balik ikut parents..Entah macam mana ada seorang budak boleh terlepas dari dewan..dia lalu depan aishah..Aishah tanya dia :-

Aishah : adik nak pergi mana ni..adik jom akak hantar masuk dewan balik..

Adik Tahun1 : akak adik nak balik..adik nak ayah adik..

Aishah : jom adik kita masuk dewan dulu pas 2 akak fon ayah adik..ok??

Adik Tahun1 : Akak jum ikut adik (sambil dia tarik tangan aishah)

Aishah : adik nak bawak akak pergi mana ni..

Adik Tahun1: Adik nak fon ayah adik lar akak..

Korang semua nak tahu dia bawak aishah pergi mana???he3..dia bawak aishah pergi bilik guru..dia xtahu ithu bilik guru..dia ingatkan duduk dekat situ dah selamat lar konon..he3..

Aishah pujuk dia masuk dewan dia xnak jugak..sampai lar akak aishah datang bawak cikgu mintak cikgu pujuk dia..Pujuk punya pujuk dia xnak jugak..last2 call ayah dia..dalam masa tunggu ayah dia..kawan akak aishah sembang n Adik Tahun1 xdi..

Kak yanti : Adik napa xnak pergi sekolah..kan banyak kawan..best apa macam2 adik boleh dapat dekat sekolah ni..tengok kawan2 adik yang lain duduk dalam dewan best jer..jom akak hantar adik masuk dewan balik..

dengan selamba adik 2 jawab

Adik Tahun1 : Akak adik nak sekolah sebulan je dekat sini..adik nak sekolah tadika..dekat tadika best..ada banyak kawan..cikgu baik2..boleh main..boleh tido..

Aishah n kak yanti gelak xhingat lar..Baru 3 hari sekolah dia cakap dah sebulan..he3..Teringat pulak aishah time sekolah dulu..agak2 aishah nakal ke??mesti lar x..(puji diri sendiri)..=)

Jom kita share betul xapa yang jadi time korang sekolah dulu..Sila LIKE jika anda rasa begitu semasa di sekolah dulu. :)

99% pelajar sekolah suka mendengar ayat di bawah ini:

(1) "Cikgu ada mesyuarat"
(2) "Cikgu tak datang"
(3) "Cikgu pergi kursus"
(4) "Cikgu ada hal"
(5) "Cikgu suruh buat kerja sendiri"


p/s:Dekat sekolah aishah memang ada situasi macam ni..terutama kepada pelajar lelaki..(:

January 11, 2012

Jenaka Tiga org sahabat


Tiga org sahabat sedang mandi wap di bilik sauna.Dikeheningan berada didalam bilik sauna tiba tiba dipecahkan dengan bunyi....bip...bip....bip..


Bedah :
Terus membuka telapak tangan kirinya, dan seakan membaca sesuatu.

Minah & Timah :
Terpinga-pinga

Bedah :
Disebabkan tgn saya telah ditanamkan cip berteknologi tinggi maka saya boleh terima SMS dan MMS tanpa hand set...."

Maka kagum la Minah & Timah .Seminit kemudian terdengar pulak deringan telefon di dalam bilik sauna tersebut.

Minah :
Mengangkat tangan kirinya dan seakan menjawab panggilan telefon tadi. Ibu jari nyer diletakkan di mulut dan jari kelingkingnyer di telinga. Panggilan melalui jari jari saya tanpa menggunakan hp..."Setelah habis menjawab maka Minah pun berkata, "oleh kerana tangan saya ditanam cip berteknologi tinggi maka saya boleh menjawab dan menerima.

Melihatkan keadaan canggih manggih kedua Bedah & Minah..Timah terpinga dan berbisik sendirian..."Alamak apa yg boleh aku sembahkan untuk mengalahkan mereka berdua ni...?"

Kerana stress akibat memikirkan hal tadi maka perutnyer pun terasa nak membuang. Lalu Timah ni pun keluar pergi ke toilet. Setelah selesai membuang Timah ni kembali ke bilik sauna. Akibat kepayahan untuk mencuci dengan tisu tandas maka ader lebihan tisu di celah-celah kelangkangnyer. Dengan keheranan dan jijik nyer Bedah & Minah pun bertanya..."kertas apa yang terjuntai kat celah tu...?

Dengan muka bangganya timah menjawab

Timah:
"Oh saya baruterima Fax......"

Bedah & Minah tersenyum..=)

p/s: Dunia semakin maju lar katakan..kahkahkahkahkah..


January 02, 2012

Variety Show Running Man



Variety Show Korean yang paling aishah suka sekali..Sekarang dekat Malaysia budak-budak remaja macam aishah (remaja ke!^_^) minat sangat dengan artis korean kan???Dulu aishah tak suka sangat dengan artis korea ni..Lepas tengok citer Running Man aishah terus tejebak..Kalau tengok citer ni mang boleh hilang kan rasa tension ..

Nak tahu napa aishah cakap macam 2??coz jalan citer ni mang sangat-sangat kelakar..Macam-macam aktiviti diorang akan lakukan..dekat malaysia belum ada lagi Variety Show macam ni..Sapa-sapa yang xpernah tengok Show ni cuba korang layan 1 episod je dulu, lepas 2 mesti korang nak tengok episod seterusnya..

Korang boleh tengok citer ni dekat Astro ONE HD atau korang boleh dowload cite ni dekat ISUBS..Artis-artis dalam Variety Show ni mang semua sempoi-sempoi je..Korang intai-intai dekat bawah kot ada artis yang selama ni korang minat ..Boleh lar korang layan cerita ni..he3..^_^

Kim Jong-kook


Yu Jae-suk


Song Joong-ki


Song Ji-hyo


Ha-Ha


Gary


Ji Suk-jin

p/s : Aishah suka oppa hik3..Sekali tengok mesti nak tengok lagi.Percayalah cakap Aishah! :)