July 12, 2013

Seorang Anak Perlukan Kasih Sayang Seorang Ayah


ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"

Ayah pun berasa geram.

AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita sekeluarga."

Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu. Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali berfikir dengan rasionalnya. Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya itu...

AYAH: "Adik, adik dah tidur?"
ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."

Adik pun berasa sangat gembira.

ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"

Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan perlahannya menghitung jumlah duitnya.

AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah ada duit?" 
ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru cukup..."

"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat nak makan malam dengan ayah".Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak kecilnya itu dan meminta maaf.

Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja keras untuk mendapat kemewahan dan mengabaikan kasih sayang kepada anak dan isteri. Sentiasalah ingat bahawa apalah saja nilainya RM100 sejam tersebut kalau dibandingkan dengan nilai sejam bersama orang tersayang? Kalau kita meninggal esoknya, tempat kita bekerja dengan senangnya akan mencari pengganti kita. Tetapi, keluarga dan sahabat handai yang kita tinggalkan akan terasa kehilangan kita untuk seumur hidup. Dan kalau difikirkan lagi, kita memang sentiasa mendekatkan diri kita di tempat kerja berbanding dekat dengan keluarga kita.

"Ubah pekerjaan kita dari mencari keperluan hidup kepada memenuhi tujuan hidup supaya kita merasakan setiap aktiviti penuh bermakna"-Prof Dr Muhaya

Petua Banyakkan Susu Badan



Terdapat beberapa sebab berlakunya keadaan dimana ibu merasakan susu yang dihasilkan semakin berkurangan. Keadaan ini mungkin disebabkan si ibu tidak memulakan penyusuan awal atau tidak menyusukan bayi dengan kerap. Sekiranya si ibu menyusukan anak secara eksklusif bermula sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu akan keluar melimpah-limpah dan payudara sentiasa penuh walaupun baby sedang menyusu, ini kerana semasa baru melahirkan (berpantang), badan ibu belum adjust dgn hormon yg dihasilkan. Namun, setelah beberapa bulan, badan ibu sudah adjust sepenuhnya pada hormon dan susu yang dihasilkan akan mengikut keperluan baby, kalau ibu menyusukan anak secara eksklusif dan anak menghisap kedua2 belah payudara, maka susu yg terhasil banyak(walaupun tak sebanyak semasa berpantang). Ada berbagai2 cara untuk menambahkan penghasilan susu badan, antaranya ialah :


  1. Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.
  2. Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  3. Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
  4. Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.
  5. Dapatkan rehat yang secukupnya.
  6. Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby mendapat makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
  7. Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
  8. Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  •  Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
  • Banyakkan minum air (digalakkan air Kosong suam) sepanjang hari.
  • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.
Petua masyarakat kita:

* Cekur Manis

Cekur manis (atau nama lain pucuk manis) digunakan dalam perubatan tradisional untuk membanyakkan susu ibu. Caranya daun cekur manis yang telah dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering. - Portal herba melur.com

* Kacang Tanah

Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari daging, telur dan kacang soya. Ia juga mengandungi asid amino yang tinggi. Bagi menambah kandungan susu badan ibu yang menyusukan bayi, digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing. Bagi bayi yang alah terhadap kacang tanah, ibu-ibu dinasihatkan tidak mengamalkan petua ini

* Air Longan

Longan kering biasanya boleh dibeli di pasaraya atau kedai ubat cina. Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan 3 cawan air sehingga kembang. Minum airnya. (Dalam perubatan tradisional Cina, longan dikatakan dapat menenangkan jiwa.)

* Halba dan Jintan Hitam

Terdapat beberapa jenis rempah yang biasa digunakan dalam masakan dapat menambahkan susu badan. Paling popular ialah halba. Halba boleh didapati di kedai runcit mamak atau pasaraya besar. Cuci halba, keringkan, kemudian simpan dalam bekas bertutup. Antara cara yang paling sesuai mengambilnya dengan tidak memudaratkan appendiks ialah dengan merendamkan sesudu halba dalam segelas air panas selama 15 minit. Tapis dan minum airnya sahaja. Jintan hitam (habbatus sauda) juga boleh diambil untuk tujuan dan kaedah yang sama seperti halba

* Bunga Melur

Bunga melur atau nama saintifiknya Jasminum Sambac banyak digunakan dalam perubatan terutamanya dalam perubatan ayurveda oleh masyarakat india. Bagi masyarakat melayu antara kegunaannya ialah untuk menambahkan air susu ibu. Caranya daun bunga melur digiling hingga halus dan ditampal sekeliling payudara diwaktu pagi sebelum mandi. Cuci bersih sebelum menyusukan bayi.

Bagi ibu yang berhasrat memberhentikan susu ibu pula, gunakan daun bunga melur untuk tujuan ini. Caranya, tumbuk lumat daunnya dan ditampal pada payudara. - melur.comLobak putih sangat bagus untuk ibu menyusu. Jika anda menambahkan sotong kering ke dalam sop lobak putih, ia berupaya menambahkan lagi susu badan. Walaupun bersifat sejuk, ia mengandungi banyak vitamin dan mineral. Sumber potassium, folat dan vitamin C yang sangat baik. - soupqueen.blogspot.com

* Lobak Putih

Tidak perlu dimasak dan boleh dimakan begitu saja (mcm mkn ulam!) lobak putih dibuang kulitnya dan dihiris boleh ditambah dgn hirisan bawang besar beserta kicap. atau tambah hirisan bawang beserta garam.

* Pucuk Betik
Air rebusan daun betik muda boleh melancar dan menambahkan susu bagi ibu-ibu yang menyusui bayi mereka dengan susu badan. Rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari.

* Tuaman Daun Sirih

Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Kemudian layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada buah dada. Lakukan setiap hari sehingga susu badan anda banyak

* Jantung Pisang

Jantung pisang bukan sahaja sedap dimakan, ia juga berkesan untuk menambahkan susu badan bagi ibu yang mengalami kekurangan susu badan... Makan dengan dicelur bersama sambal belacan, dibuat kerabu atau dibuat gulai masak lemak cili api.

* Makanan Tinggi CLA

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugated linoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA ini didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput - bukan bijirin). Kebanyakan kajian tentang CLA dan kesannya terhadap manusia menggunakan supplement komersial.

* Kurma

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu


Makanan


  1. Lobak putih; boleh dimasak buat sup atau jus
  2. Bayam
  3. Broccoli; sumber kalsium yang baik.
  4. Sawi
  5. Cekur Manis - dimasak rebus/lemak manis. Atau dihancurkan ditampal pada payu dara ibu, dibasuh selepas kering.
  6. Pegaga, daun pucuk betik, jantung pisang; dimakan sebagai ulam, rebus atau urap. Urap tu campuran kelapa, daun, bawang merah, bawang putih, ikan bilis/ udang kering.
  7. Kacang Hijau; bubur kacang hijau
  8. Kacang Tanah; kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing
  9. Daun Kucai; daun kucai dan ikan bilis secukupnya dan rebus, makanlah bersama-sama nasi.
  10. Petola, daun turi; masak lemak manis
  11. Kacang Buncis
  12. Kacang Dal; makan dengan roti canai
  13. Pucuk betik
  14. Roti; segala jenis roti especially roti planta
  15. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  16. Madu; sebagai pemanis dalam minuman
  17. Kismis; 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam
  18. Ikan Tenggiri
  19. Sengkuang Cina
  20. Biskut bijirin -
  21. Buah Laici, Longan, Mata Kucing, Rambutan - bukan yang dalam tin / di proses
  22. Halba - masak dengan nasi (nasi dagang)

Minuman


  1. Air masak; minum lebih 3 liter sehari
  2. Susu; Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  3. Longan Kering; Samada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja / direbus
  4. Halba; rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam
  5. Oat; boleh ditambah dalam minuman/makanan
  6. Amalkan minum milo/nestum/ horlicks
  7. Amalkan meminum air rebusan buah pala/jus pegaga/spirulina
  8. Soya
  9. Kurma; makan begitu sahaja atau buat jus
  10. Air Kelapa
  11. Air Sengkuang Cina; boleh beli yangg dalm tin jenama season F&N atau buat sendiri, kisar buah sengkuang rebus dengan sedikit gula
  12. Daun betik;rebus beberapa helai daun betik yang sederhana muda. Air rebusan tersebut hendaklah diminum dua hingga tiga kali sehari
  13. Lobak putih;parut lobak putih dan kisar hingga halus. Campurkan dengan satu gelas air suam. Minum dua kali sehari. Atau campurkan lobak putih dan lobak kuning, dikisar dan ambil patinya, bancuh dengan susu minum.
  14. Milkmaid tea
  15. Melilea Organic Soya Drink
  16. Autumnz Organic Nursing Tea
  17. Joy Angel Nursing Tea
Zikir dan Doa


  1. Berzikir dgn kalimah YA MATIN (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  2. Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
  3. Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  4. Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun...InsyaAllah
Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Lain-lain Amalan


  1. Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dgn laju
  2. Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa didalam pantang, insyallah susu akan berlebihan nanti.
  3. Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
  4. Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
  5. Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telifon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  6. Sentiasalah berdoa pd Allah, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Elok diamalkan selepas solat, sebelum mulakan sesi mengepam, semasa mengepam dan selepas pam.
  7. Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
  8. Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  9. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Bertenang sama ada semasa menyusu bayi atau sesi mengepam. Sedikit tekanan pun boleh kurangkan pengeluaran susu.
"REZEKI SEMUANYA DATANG DARI ALLAH SWT"

Rujukan: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung 

July 06, 2013

Petua Agar Anak Dengar Cakap Ibubapa Dan Menjadi Anak Yang Soleh Solehah

  1. Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.
  2. Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.
  3. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.
  4. Selepas berwuduk jangan dilapkan air wuduk sampai kering. Hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita contohnya lebihan wuduk di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.
  5. Tinggalkan pesanan ketika anak sudah 'hampir' terlena. Menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. Percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya. Bisikkan semua pesanan masa tu..“Walaupun anak kita tido,tapi rohnya tidak tidur”.
  6. Baca surah Taha ayat 1-5 kat telinga anak masa dia tidur.
  7. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun-umbun  kepalanya sebanyak yang mungkin atau memadai 100 kali.
  8. Membaca surah Al Fatehah 1 kali, Alam Nasyrah 1x.
  9. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".
"Jika benih iman dan akhlak yang baik disemaikan lebih awal lagi, InsyaAllah anak-anak ini tidak mudah terpedaya dan terpesong dengan cabaran-cabaran hidup apabila menempuh perjalanan hidup mereka kelak"."-Prof Dr Muhaya

July 05, 2013

Anak Adalah Amanah Dan Ujian Dari ALLAH s.w.t Keatas Hamba-nya

  1. Kita mesti berikan mereka nafkah daripada rezeki yang baik dan halal. Dengan rezeki yang kita bawa pulang inilah anak kita membesar dan menjadi darah daging mereka.Rezeki yang baik menjernihkan hati anak dan memudahkan mereka menerima nasihat, menghayati agama dan fokus dalam belajar. Hatinya terang dan mudah ­di­asuh serta dididik.
  2. Ibu bapa perlu memberikan didikan agama secukupnya. Kita tidak boleh lepas tangan dalam bab didikan agama ini. Jika kita tidak mampu dan tidak cukup ilmu, hantarlah anak ke kelas agama terutamanya berkaitan dengan bab kefahaman tauhid, solat, puasa dan fardu ain.
  3. Ibu bapa perlu bentuk peribadi anak dengan adab dan sunnah Nabi SAW. Antara perkara yang saya lihat semakin terhakis dalam amalan hidup anak hari ini ialah tentang adab.
  4. Ibu bapa perlu berikan pelajaran yang baik. Sebagai ibu bapa kita mesti pastikan anak mendapat didikan dan pelajaran yang terbaik. Kalau mereka lemah dalam subjek tertentu, berkorban sedikit dan berikan mereka peluang menghadiri tuisyen.
  5. Ibu bapa perlu berikan perlindungan. Anak pasti akan melakukan kesilapan, berhadapan dengan kegagalan, mempunyai masalah dan sebagainya. Kepada siapakah mereka mahu meluahkan dan meminta pandangan kal’”au bukan pada kita ibu bapanya.


“Diriwayatkan Ibnu Mardawaihi daripada Ibnu Abbas, seorang sahabat iaitu Saad bin Abu Waqash meminta Rasulullah SAW memohon kepada Allah supaya apa saja doa permohonannya dikabulkan”.

“Rasulullah SAW bersabda: “Wahai Saad! Perbaikilah makanan engkau, nescaya engkau akan dijadikan Allah seorang yang makbul doanya. Demi Tuhan, yang jiwa Muhammad ada dalam tangan-Nya, sesungguhnya seorang lelaki yang melemparkan suatu suapan yang haram ke dalam perutnya, maka tidaklah akan diterima amalnya selama 40 hari. Dan barang siapa di antara hamba Allah yang tumbuh dagingnya daripada harta yang haram dan riba, maka api neraka lebih baik baginya.”

 “Ibu bapa sanggup berhabis-habisan bagi memastikan anak mereka cemerlang dalam pelajarannya, tetapi berapa banyak pula sanggup dihabiskan bagi memantapkan agama dalam diri anak.Berapakah yuran yang kita bayar bagi tuisyen matematik atau Bahasa Inggeris?Adakah kita sanggup mengeluarkan nilai wang yang sama untuk kelas fardu ‘ain?”

 “Adab makan, mandi, tidur, berpakaian, bertandang dan bercakap makin diringankan. Malah, sunnah Nabi SAW tidak lagi diberat­kan. Sedangkan adab dan sunnah ini membentuk jiwa anak yang halus iaitu peka mengenai dosa dan pahala, baik dan buruk, prihatin terhadap perasaan orang lain, hormat orang yang lebih tua, sayang pada alam sekitar, menghargai keamanan dan keindahan.”

 “Orang tidak tanya berapa banyak harta kita, tetapi apabila kita ada anak semua orang mahu tahu apa keputusan UPSR, PMR atau SPM mereka. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar, talian telefon kita sesak dengan panggilan yang datang bertalu-talu daripada saudara-mara dan rakan taulan bertanyakan keputusan peperiksaan anak kita.Apabila anak ada peperiksaan besar, ibu bapalah (terutama ibunya) yang lebih tertekan. Sebab itu ada sesetengah ibu bapa begitu obses dengan semua ‘A’ padahal ia belum menjamin anak kita jadi orang hebat.”

“Kita perlu pastikan yang anak kita tahu yang kita sentiasa bersamanya dalam apa juga keadaan. Kita menerima mereka seadanya dan dengan cara begitu mereka rasa selamat. Rasa selamat bukanlah bermakna kita tidak dedahkan mereka kepada cabaran dan risiko. Rasa selamat bermakna dia tidak memerlukan orang lain selain dari ibu bapanya apabila berdepan dengan sesuatu keadaan. Anak yang rasa dirinya selamat dapat belajar dengan lebih baik dan tinggi estim dirinya” .

Imam Ghazali berkata, “Jika kita ingin anak menjadi soleh, bijaksana dan berguna, berilah mereka makan daripada rezeki yang halal sejak dilahirkan.Oleh itu sebagai ibu bapa, betulkan perkara yang pokok ini dulu. Kalau sudah terlanjur maka mulalah bertaubat dan betulkan semula sumber rezeki kita.

July 02, 2013

Cara Mengatasi Selsema pada bayi.

8 Petua yang saya dapat ketika meng'google' untuk hilangkan selsema pada baby saya.Ibu-ibu muda seperti  saya mesti runsing, risau, kasihan melihat si manja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah terkena selsema. Saya akan kongsikan dengan anda semua petua selsema bayi ini agar sedikit sebanyak dapat membantu memulihkan selsema bayi anda.
  1. Campurkan hirisan lemon, bawang putih & minyak zaitun komersial (mengandungi Vit A, C, E).Ramas campuran hingga mengeluarkan bau yg segar.Gunakan minyak ini untuk mengurut bahagian tapak kaki, belakang badan atau bahagian lain tubuh anak-anak.Ia bagi merawat/mengurangkan demam selsema yg sgt mudah menjangkiti kita terutama bayi dan kanak-kanak-kanak.
  2. Minyak bwng putih (bakar bwng putih skali kulit sampai hitam.Buangkan kulit dan campurkan dgn minyak zaitun) sapu di tapak kaki,dada,belakang dan ubun-ubun.
  3. Makan madu asli.. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil.. Kalau rasa madu tu macam pekat boleh tambah air sikit.
  4. Guna kunyit hidup. Gosok kuyit hidup dekat belakang lesung batu atau mana-mana  permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk,ambik serbuk tu dan letak di bahagian batang hidung bayi.
  5. Sama macam no2 gosok kunyit sampai keluar serbuk kemudian campur dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.
  6. Boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.
  7. Sapukan Vikcs Baby Balsam di bahagian dada, belakang dada dan hidungnya.
  8. Sapukan minyak telon selepas mandi dibahagian ubun-ubun dan juga tapak kaki bayi selsema selepas mandi.

Elak basahkan kepala bayi sewaktu mandi petang sekiranya bayi selsema.In sha ALLAH dengan izinnya bayi akan sembuh.