ANAK: "Ayah, boleh adik tanya satu soalan?"
AYAH: "Boleh, apa dia?"
ANAK: "Ayah, berapa gaji ayah sejam?"
AYAH: "Kenapa adik tanya?"
ANAK: "Saja adik nak tahu... Berapa ayah?"
AYAH: "Gaji ayah RM100 sejam"
ANAK: "Oh! (Sambil menundukkan kepala).
ANAK: "Ayah, boleh adik pinjam RM50?"
Ayah pun berasa geram.
AYAH: "Kalau alasan adik bertanya gaji ayah tadi hanya
untuk meminjam duit untuk membeli mainan, lupakan saja. Fikirkan kelakuan
adik...Kenapa adik mementingkan diri sangat? Ayah bekerja kuat untuk kita
sekeluarga."
Adik pun masuk ke biliknya dengan perasaan sedih.Ayah pula berasa sangat marah dengan kelakuan anaknya itu.
Berani anaknya bertanya soalan sebegitu hanya untuk meminta duit?Selang sejam kemudian, ayah pun kembali tenang, dan kembali
berfikir dengan rasionalnya. Mungkin adik betul-betul memerlukan duit RM50 tersebut dan
lagipun bukan selalu juga adik meminta duit. Ayah pun pergi ke bilik anaknya
itu...
AYAH: "Adik, adik dah tidur?"
ANAK: "Tidak ayah, masih bangun lagi ni".
AYAH: "Ayah telah berfikir, mungkin ayah terlalu tegas
dengan adik tadi. Ayah sungguh penat di tempat kerja tadi sebab itu mood ayah
tidak baik. Nah, ini duit RM50 yang adik minta..."
Adik pun berasa sangat gembira.
ANAK: "Oh, terima kasih ayah!"
Selepas itu, adik pun menyelak bantal tidurnya dan
mengeluarkan beberapa helai wang kertas yang dikumpulnya. Ayah yang melihat
adik sudahpun mempunyai duit, mulai berasa sangat marah. Adik pula dengan
perlahannya menghitung jumlah duitnya.
AYAH: "Kenapa adik meminta lagi duit kalau adik sudah
ada duit?"
ANAK: "Sebab duit adik tadi tak cukup, sekarang baru
cukup..."
"Ayah, adik ada RM100 sekarang. Boleh adik membeli
sejam dari masa ayah? Ayah pulanglah awal ke rumah esok. Adik teringin sangat
nak makan malam dengan ayah".Si ayah pun berasa sangat terharu. Dia pun memeluk anak
kecilnya itu dan meminta maaf.
Ini adalah peringatan untuk mereka yang bekerja keras untuk mendapat kemewahan dan mengabaikan kasih sayang kepada anak dan isteri. Sentiasalah ingat bahawa apalah saja nilainya RM100 sejam
tersebut kalau dibandingkan dengan nilai sejam bersama orang tersayang? Kalau
kita meninggal esoknya, tempat kita bekerja dengan senangnya akan mencari
pengganti kita. Tetapi, keluarga dan sahabat handai yang kita tinggalkan akan
terasa kehilangan kita untuk seumur hidup. Dan kalau difikirkan lagi, kita
memang sentiasa mendekatkan diri kita di tempat kerja berbanding dekat dengan
keluarga kita.
"Ubah pekerjaan kita dari mencari keperluan hidup kepada
memenuhi tujuan hidup supaya kita merasakan setiap aktiviti penuh bermakna" -Prof Dr Muhaya
No comments :
Post a Comment