Petua yang saya dapat ketika meng'google' untuk masalah kembung perut bayi.Ibu-ibu muda seperti saya mesti runsing, risau, kasihan melihat simanja.Saya akan kongsikan dengan anda cara untuk mengatasinya.
- Sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di bawah pelipat, di tapak kaki, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang.
- Menggunakan daun sirih yang di layar di atas api lilin dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.Setelah itu barutkan pada perut bayi
- Ambil dua atau tiga biji lada hitam atau jintan manis dan bunjutkan, panaskan atas api lilin,
kemudian tekapkan di ari-ari bayi. Pastikan tidak terlalu panas
Cara mengelak masalah kembung perut bayi.
- Pastikan selepas menyusu, sendawakan bayi .Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan atau dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya perlahan-lahan untuk menggalakkan angin dalam perut dilepaskan.
- Meniarapkan bayi.
- Apabila bayi menangis berterusan, akan mengakibatkan perut bayi mudah kembung. Oleh itu, ibu bapa perlu segera memujuk bayi dengan memeluknya, ia bagi menenangkan emosinya supaya mengelakkan masalah perut kembung menjadi lebih teruk.
- Postur menyusukan bayi harus juga diperhatikan.Jika bayi disusukan dengan susu botol, pastikan susu penuh pada mulut botol. Ini bagi mengelakkan bahagian hadapan mulut botol serong untuk mengelakkan bayi tertelan banyak udara. Bagi kaedah menyusukan bayi dengan susu ibu, biarkan bayi berdepan dengan payudara ibu, dan pastikan mulut bayi masuk dalam keseluruhan puting dan areola.
- Sebahagian makanan pepejal juga boleh mendatangkan perut kembung. Seperti makanan yang berangin.
Faktor- faktor yang
menyebabkan bayi kembung perut.
- Bayi menyusu mengunakan botol, saiz lubang puting botol yang tidak sesuai atau kedudukan botol salah ketika menyusu.
- Bayi menangis berlebihan juga mungkin menyebabkan kembung perut.
No comments :
Post a Comment