Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi
benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah
taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah.
Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil
Haram.
Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar
keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass
VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf
seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain
sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak
lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke
dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.
Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang
berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh
buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan
Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah
di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di
amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.
Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah,
berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke
atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah
daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci
tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu
Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa
wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan
amanat kepada yang berhak menerimanya”
Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun
ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani
Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia
gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun.
Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk
Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.
Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh
bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya.
Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold
beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.
Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang
belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu
di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada
zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman
Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di
simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama
ada disimpan di dalam itu.
Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya
di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia
ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa
masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak
boleh selesai.
Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya
tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk
ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak
ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan
masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi
itu nak bagi ini sebagai balasan.
Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai
selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau
kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk
kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong
bawak aku masuk ke dalam Kaabah.”
Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku
boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara
kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau
kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.
Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam
Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.
No comments :
Post a Comment