Pada usia ini 7 dan 8 tahun, anak baru masuk ke sekolah. Semasa tadika situasi sekeliling dengan sekolah tidak sama rentaknya. Maka mereka perlu menyesuaikan diri dengan
corak pembelajaran, guru-guru, pelajaran itu sendiri, bangunan yang lebih besar
dan persekitaran kawasan yang lebih luas, kawan-kawan sebaya, seniors, membeli
di kantin dan banyak lagi.
Apa yang boleh dibuat ialah.
- Jika anak sudah 8 tahun. Anak perlu belajar menyelesaikan masalah mereka sendiri. Ini adalah latihan kepimpinan diri.
- Setiap kali anak mengamuk, curahkanlah rasa kasih sayang kepada dia. Jika dia menjerit-jerit, anda boleh menjerit satu perkataan atau satu ayat untuk menarik perhatiannya dan ‘match’ dengan nadanya dan kemudian pimpin dia kepada ketenangan dengan melembutkan suara anda dan kemudiannya, bila nampak dia dah turunkan suaranya, anda berbisik kepadanya, untuk menurunkan lagi marahnya. Bila anda berbisik, dia akan datang dekat dengan anda.
- Tadi mungkin dia bercekak pinggang, maka anda pun bercekak pinggang untuk match body language anak itu. Lepas itu bila anda dah mula lembutkan suara, anda duduk, maka jika dia duduk sama, anda akan berbisik, perlahan-lahan dia akan datang dekat untuk mendengar bisikan anda.
- Bila ini dah berlaku, maka anda baringkan dia diaatas peha anda dan belai serta gosok dan urut badannya yang sedang ketegangan disebabkan marah tadi. Ketenangan dan kesabaran anda akan membawa ketenangan kepadanya.
- Mungkin anak akan tertidur dan ini adalah baik. Lepas dia bangun anda boleh bertanya dengannya apakah yang menyebabkan dia marah sangat. Bersabarlah dalam mendapatkan jawapan.
- Jangan menggunakan perkataan KENAPA. Contohnya, kenapa Along mengamuk tadi? Ini menyebabkan dia rasa dia kena defence himself. Tanya bergini, “ Kesihan mama tengok Along tadi, apa yang menyebabkan Along menangis tadi sayang?”
Cara menenangkan anak yang mengamuk itu adalah menggunakan
skil dari NS-NLP. Ini adalah satu sistem komunikasi yang sangat berkesan yang
membolehkan kita sebagai ibu bapa mempengaruhi anak-anak kita agar dapat
melakukan apa yang baik untuk mereka tanpa kita memaksa dan mengarah. Malah, ia
mendamaikan hati anak-anak bila kita berkomunikasi begini.
No comments :
Post a Comment