August 21, 2014

Penyakit Angin Pasang


Apakah penyakit angin pasang atau inguinal hernia?

Kita kerap mendengar kes kes angin pasang berlaku pada orang dewasa dan kanak kanak. Kes angin pasang kanak kanak berlaku dengan kekerapan 3 – 5 kes dari setiap 100 kelahiran, atau bersamaan 3- 5%. Ia lebih kerap berlaku untuk anak lelaki berbanding perempuan dan 60% daripadanya berlaku pada bahagian kanan inguinal berbanding bahagian kiri. 10-15% kes melibatkan kedua dua belah (bilateral). Kes kes angin pasang lebih kerap berlaku pada anak-anak yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40-55% disebabkan proses perkembangan bayi yang masih belum sempurna.

Apakah penyebab penyakit ini terjadi?

Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal. Organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur Gubernaculum dan di bawah pengaruh beberapa hormon. Pergerakan testis ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa abdomen dan keduanya adalah fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudiannya di kenali sebagai selaput processus vaginalis. 

Selaput processus Vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika umur bayi berada pada 36-40minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup dengan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar. Jika lubang kepada saluran ini halus, maka hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya. Keadaan ini dikenali sebagai hydrocoele.

Walaubagaimanapun, jika lubang pada selaput tersebut adalah besar, (keadaan angin pasang @ Inguinal Hernia) struktur seperti usus, kilang ovary dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat.

Apakah simptom simptom yang lazim untuk penyakit ini?

Simptom awal
a) kawasan ari-ari (inguinal) dan / atau kantung zakar yang bengkak.
b) kawasan bengkak biasa berlaku ketika anak menangis, berlari atau meneran dan bengkak tersebut boleh kekal atau surut selepas aktiviti terbabit.

Simptom kronik
a) bengkak yang tidak surut disertai dengan keadaan anak yang dalam tidak selesa dan dalam kesakitan.
b) perut kembung disusuli episod muntah- muntah.

Bawalah anak anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mereka mempunyai simptom tersebut.

Nukilan
Doktor Budak

August 20, 2014

Cinta Yang Sebenar


Seorang wanita ingin berjumpa saya sebelum ceramah di satu tempat. Saya tak sempat dan dia duduk dengar ceramah..Habis dari ceramah dia jumpa saya. Dia kata soalan saya dah terjawab...

Saya tanya apa jawapannya. Jawapannya ialah belajar mencintai Allah dan mencintai Nabi saw. Itulah cinta yang sebenarnya..

Kenapa? Tanya saya.

Jawab puan tu, tadi saya datang nak cerita masalah suami saya. Perangainya telah membuatkan hati saya tawar padanya. Saya sudah muak dan memang dah tak boleh nak layan dia melainkan dengan terpaksa..saya dah tak boleh sayang dia lagi..

Dalam ceramah tadi ustaz cerita mengenai cinta laila majnun. Lelaki yang gilakan laila yakni qais amiri. Dia pergi ke bandaraya laila. Dia cium setiap tembok tembok di bandar itu. Cium pintu. Cium bangunan tempat tinggalnya laila.Mereka tidak dapat berjumpa. Bila ditanya kamu sudah gila. Ini bukan laila. Tapi tembok dan tiang. Jawabnya aku tahu ini bukan laila. Tapi disebalik tembok ini ialah laila. Aku mencintai tempat tinggalnya laila. Aku mencintai setiap yang berkaitan dengan laila. Apa sahaja.

Kita mencintai Nabi saw, tempat tinggal Nabi saw yakni Madinah. Setiap kehidupan. Setiap jejak langkah Nabi saw. Setiap pesanan Nabi saw. Pesanan Nabi saw orang yang terbaik ialah orang yang paling terhadap ahli keluarganya..perintah Nabi saw buat baik pada orang buat jahat pada kita. Sambung silaturrahim dengan orang yang ingin memutuskkannya.

Maka saya putuskan untuk belajar mencintai suami saya kerana saya sayang Nabi saw. Seluruh hidup saya terhutang budi pada Nabi saw.

Benarlah bila kita kembali pada Allah. Masalah yang sama semalam penyebab rasa nak bunuh diri. Tapi setelah kembali pada mengenal Allah. Masalah yang sama menjadi sebab kita semakin kuat dalam hidup dan menjadi batu loncatan perubahan dalam hidup kita.

Nukilan
Ebit lew

Cara Meninggalkan Yang Haram


Seorang pemuda bertanya dengan teramat sedih, bagaimana saya ingin meninggalkan yang haram. Saya selalu tersilap langkah..saya kalah dengan menikmati dosa. Tapi lepas tu menyesal...berat dan susah sangat rasanya..

Jawab saya Islam itu mudah dan nikmat. Ia membawa rahmat dan keberkatan kepada orang yang mengamalkannya. Meninggalkan yang haram itu lebih nikmat dari membuat haram.

Saat kita meninggalkan yang haram, saat itu kita akan merasai bahagia yang tidak terungkap dengan perkataan. Doa pada Allah supaya kita dapat meninggalkan yang haram . Minta pertolongan Allah.

Islam itu mudah bagi siapa? Orang yang mempunyai kebesaran Allah dalam hatinya. Ketinggian Islam dalam hatinya. Bagi orang beriman walaupun perkara sunnah yang kecil pun lebih besar dari segala-galanya.

Bagi orang beriman membuat dosa seperti gunung besar akan jatuh atas kepalanya.

Allah maha pengampun. Sentiasa segera bertaubat kepada Allah. Setiap anak Adam buat silap, tapi yang terbaik yang minta ampun..

Beri masa bermujahadah di jalan Allah. Duduk dalam suasana iman. Bukan seorang. Tapi 124 ribu sahabah telah berjaya pada haji wida' mengamalkan Islam seperti yang Allah nak.

Dia meluangkan masa di jalan Allah 3 hari. Belajar iman. Saat pulang dia jumpa saya. Katanya kali pertama dalam sejarah Allah mudahkan baginya solat berjemaah 5 waktu berjemaah. Dia boleh bangun tahajud dan dapat meninggalkan yang haram.

Semua sahabah rhum sibuk dalam kerja dakwah, ta'lim, tazkiyah sehingga tidak sempat buat dosa. Malah baru masuk islam 2 hari telah berjaya islamkan beberapa orang. Kita Islam dah 30 tahun tapi seorang pun kita belum ajak kepada Islam..

Nukilan
Ebit lew