February 17, 2013

Merancang Zuriat Soleh


"Hadis Rasulullah SAW: “Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah (suci). Kedua ibu bapanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi.” – riwayat Bukhari dan Muslim."

Pilihan di tangan kita untuk mencorakkan mereka.
  • Jika anak hidup dalam kesabaran, dia belajar jadi penyabar.
  • Jika anak hidup dalam pujian, dia belajar menghargai.
  • Jika anak hidup dalam penerimaan, dia belajar untuk menyayangi.
  • Jika anak hidup dalam persetujuan, dia belajar menyayangi diri.
  • Jika anak hidup dalam galakan, dia belajar jadi yakin.
  • Jika anak hidup dengan ilmu, dia belajar memahami pesekitaran.
  • Jika anak hidup dalam pengiktirafan, dia belajar membina matlamat hidup.
  • Jika anak hidup dengan kata-kata yang baik, dia belajar berfikir dengan baik.
  • Jika anak hidup dengan kemahiran, dia belajar berdikari.
  • Jika anak hidup dengan adab, dia belajar sopan santun.
  • Jika anak hidup dengan keyakinan, dia belajar membina jati diri.
  • Jika anak hidup dengan penghargaan, dia belajar membina maruah diri.
  • Jika anak hidup dengan kebersihan, dia belajar peka terhadap penyakit.
  • Jika anak hidup dengan kejayaan, dia belajar erti kebenaran.
  • Jika anak hidup dalam keselamatan, dia yakin pada diri dan orang lain.
  • Jika anak hidup dalam kemesraan, dia belajar dunia tempat memberangsangkan.
  • Jika anak hidup dengan doa, dia belajar apa erti hidup sebenarnya.
  • Jika anak hidup dengan al-Quran, dia belajar mengenali Tuhan.
  • Jika anak faham Al-Quran dan Hadis, dia faham apa itu akhirat.
  • Jika anak hidup dalam kritikan, dia belajar menyalahkan orang lain.
  • Jika anak hidup dalam kekerasan, dia belajar melawan.
  • Jika anak hidup dalam caci maki, dia belajar jadi pembenci.
  • Jika anak hidup dalam iri hati, dia akan belajar salahkan orang lain.
  • Jika anak hidup dalam menderita, dia akan belajar putus asa.
  • Jika anak hidup dengan hukuman, dia akan jadi pendendam.
  • Jika anak hidup dalam penghinaan, dia akan membina maruah diri yang rendah.
  • Jika anak hidup dengan sumpahan, dia hanya faham maksud kegagalan.
  • Jika anak hidup dengan air mata, dia belajar dunia hanya ada derita.

"Ya Allah!! Jadikan hamba-Mu ini anak yg soleh dan solehah buat kedua ibu bapa kami dan jadikan anak2 kami hamba-Mu yg soleh dan solehah, penyejuk hati dan pembantu kami di akhirat nanti, amin."

p/s:Blogger

Aishah Abdullah


Post a Comment