February 08, 2013

Tiga Simpulan


Dari Abu Hurairah r.a.bahawa Rasulullah saw. bersabda: 
"Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpulan di kepalanya. Untuk setiap simpulan ia mengatakan" 'Tidurlah engkau sepanjang malam.

  •  Ketika dia terbangun, lalu dia menyebut nama Allah, maka lepaslah satu  simpulan. 
  •  Jika dia berwuduk, lepas pulalah satu simpulan. 
  •  Dan jika dia solat, terbukalah seluruh simpulan. 

Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas"(Sahih Bukhari) 

‎"Allah berikan kita nikmat pendengaran, penglihatan dan hati untuk kita beriman kepadanya.. 
Tujuan sebenar adalah akhirat.. 
Dunia hanya ujian bagi kita.."


Aishah Abdullah

Post a Comment