Cara menunaikannya adalah sama
seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam.
Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat sehingga 12 rakaat.
Masa : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm
petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah
meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut
sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga
1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).
"Justeru, waktu sedemikian eloklah
dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat
sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut
diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di
rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara
atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat."
1. Rakaat Pertama
"Allahuakbar" & Niat dalam hati :
ü "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2
rakaat kerana Allah Ta'ala"
ü Baca Alfatihah hingga akhir
ü Bacaan surah yang dianjurkan oleh Baginda S.W.A surah As-Syams (baca surah pendek pun takpa)
2. Rakaat Kedua
ü Baca Alfatihah
ü Bacaan Surah yang dianjurkan oleh Baginda S.W.A surah Al-Dhuha (baca surah pendek pun takpa)
ü Tahiyyat akhir & Beri Salam..
"Namun begitu, perkara (bacaan dalam
solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah
hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting,
solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan
rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya.
Begitu jugalah dengan doa selepas
solat tersebut"
Doa Solat Sunat Dhuha
"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu
waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah
kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu
kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih
di langit, turunkanlah, dan jika di
dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah
dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan,
kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hambaMu yang soleh."
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah
untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat
Ahmad)
3 comments :
Kakak biasa buat sebelum memulakan kerja sebab masih ada wudhu'(beul sebaiknya bila dah terang-terang matahari tapi keaddan kerja kakak buat awal sikit - kurang afdhal). Sampai tempat kerja terus solat dulu, tapi kalau hari cuti kakak buat selepas sarapan pagi dalam pukul 10 pagi..
rajinnya akak..sy selalu lalai utk melaksanakannya.. :(
solat dhuha, simple je. Alhamdulillah makin istiqamah. sebab dah terbiasa. dulu susah sgt, tapi lama2 bila tak buat rasa tak kena. kalau kelas start kul8 habis kul 12 tak sempat nak buat..
dah follow sini, byk ilmu , mohon share jgk..
Post a Comment