September 27, 2013

Islam Itu Indah


Lelaki Inggris bertanya: "Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh jabat tangan dengan Lelaki?"

Syeikh menjawab: "dapatkah kamu berjabat tangan dengan ratu Elizabeth?

Lelaki Inggris menjawab: "Oh tentu tidak boleh! Cuma orang-orang tertentu saja yang dapat berjabat tangan dengan ratu."

Syeikh tersenyum & berkata: “Wanita-wanita kami (Kaum muslimin) adalah para ratu, & ratu tidak boleh berjabat tangan dengan Lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).”

Lalu si Inggris bertanya lagi, "Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?"

Syeikh tersenyum dan punya 2 coklat, ia membuka yang pertama terus yang satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Syeikh bertanya: “Jika saya meminta Anda untuk mengambil satu coklat, mana yang Anda pilih?"

Si Inggris menjawab: "Yang tertutup...”

Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.”

Si Inggris menjawab: "Wow Islam is Amazing...

September 24, 2013

Surah Luqman [31:17]


"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya."

"Niat untuk lebih memberi, menyayangi, memuji, menghargai, mendengar, muhasabah diri, memerhati diri, mencari ilmu, menyebut kebaikan orang lain, bekerjasama, dan lihat bagaimana hidup akan lebih tenang dan bahagia".-Prof Dr Muhaya

5 perkara menjaga hati,yang menentukan kehidupan kita.


  1. Tadabbur Al Quran.
  2. Perut yang kosong- berpuasa. 
  3. Menjaga pemakanan dengan benda yang halal dan tidak berlebihan- setiap yang haram akan memberi kesan pada kita dan anak anak- jika anak degil jom audit rezeki yang kita bawa pulang. 
  4. Ibadat di waktu malam- apabila malam gelap mata hati kita lebih terang.
  5. Merendahkan diri pada Allah pada waktu sahur- semoga kita mulakan hari dengan benda positif- jom banyakkan bertasbih - UStaz Zul RAmli-
"Semoga kita jalani hari ini dengan niat menjadi hamba Allah yang bertakwa, khalifah yang memberi kebaikan dan melakukan semua aktiviti mengikut hukum Allah. Jom niat untuk solat tepat pada waktu dan menjaga aurat dan pergaulan serta menjaga pemakanan yang sihat.Dan semoga kita di beri keberkatan waktu dan ketenangan jiwa setiap saat. Jom niat solat tepat waktu dan berjemaah."-Prof Dr Muhaya


September 22, 2013

Surah Al-A'raf [7.23]


Kalimah pengakuan taubat yang diilhamkan Allah kepada Nabi Adam dan isterinya, Hawa. [7:23]

"Jom berdoa kepada Allah setiap hari supaya hati kita lembut dan suka kepada kebaikan dan mudah melihat kelemahan diri sendiri dan ingin mengubah dunia dalaman kita untuk mengubah dunia luaran kita dan hasil kehidupan kita"-Prof Dr Muhaya

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.

Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai. Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.
Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.

Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.

Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah. Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”

Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa-rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.

Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.

Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu di tukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.

Pengalaman kedua, saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.

Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.

Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.”

Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.

Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.

September 18, 2013

Cara mengatasi masalah kembung perut bayi.


Petua yang saya dapat ketika meng'google' untuk masalah kembung perut bayi.Ibu-ibu muda seperti  saya mesti runsing, risau, kasihan melihat simanja.Saya akan kongsikan dengan anda cara untuk mengatasinya.
  1. Sapu minyak bayi untuk memanaskan perut dan lain-lain bahagian seperti di bawah pelipat, di tapak kaki, di pelipat tangan dan di bahagian belakang pinggang.
  2. Menggunakan daun sirih yang di layar di atas api lilin dan di sapu sedikit dengan minyak kelapa .Agak-agak suam, tuam pada sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan bayi terutama bayi lelaki yang selalu di serang angin pasang.Setelah itu barutkan pada perut bayi
  3. Ambil dua atau tiga biji lada hitam atau jintan manis dan bunjutkan, panaskan atas api lilin, kemudian tekapkan di ari-ari bayi. Pastikan tidak terlalu panas 

Cara mengelak masalah kembung perut bayi.

  1. Pastikan  selepas menyusu, sendawakan bayi .Angin yang masuk ketika menyusu dapat di keluarkan jika anda membantu bayi sendawa. Cara sendawakan tiarapkan bayi anda di pangkuan sambil menepuk-nepuk atau mengurut belakang bayi dengan perlahan atau dudukkan bayi di atas pangkuan, angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya perlahan-lahan untuk menggalakkan angin dalam perut dilepaskan.
  2. Meniarapkan bayi.
  3. Apabila bayi menangis berterusan, akan mengakibatkan perut bayi mudah kembung. Oleh itu, ibu bapa perlu segera memujuk bayi dengan memeluknya, ia bagi menenangkan emosinya supaya mengelakkan masalah perut kembung menjadi lebih teruk.
  4. Postur menyusukan bayi harus juga diperhatikan.Jika bayi disusukan dengan susu botol, pastikan susu penuh pada mulut botol. Ini bagi mengelakkan bahagian hadapan mulut botol serong untuk mengelakkan bayi tertelan banyak udara. Bagi kaedah menyusukan bayi dengan susu ibu, biarkan bayi berdepan dengan payudara ibu, dan pastikan mulut bayi masuk dalam keseluruhan puting dan areola.
  5. Sebahagian makanan pepejal juga boleh mendatangkan perut kembung. Seperti makanan yang berangin.
Faktor- faktor  yang menyebabkan bayi kembung perut.
  1. Bayi menyusu mengunakan botol, saiz lubang puting botol yang tidak sesuai atau kedudukan botol salah ketika menyusu.
  2. Bayi menangis berlebihan juga mungkin menyebabkan kembung perut.



September 11, 2013

Cara mengatasi kerak di kepala bayi.

Petua yang saya dapat ketika meng'google' untuk hilangkan kerak pada bayi.Ibu-ibu muda seperti  saya mesti runsing, risau, kasihan melihat simanja yang belum pun berusia setahun atau belum habis tempoh pantang sudah bergaru-garu kepala kerana gatal. Saya akan kongsikan dengan anda cara mengatasinya.

  1. Menyapukan santan kelapa.
  2. Sapu minyak zaiton.
  3. Masukan kelapa yang diparut/mesin kedalam kain dan bunjutkan.

Cara dia sapu atau tuamkan keatas kepala bayi,bila kerak dah kembang sikat rambutnya perlahan-lahan. Kerak itu akan hilang dan rambut bayi akan tumbuh lebat hitam dan lurus.in sha allah dengan izinnya.

*Untuk ibu yang mengandung masuk 7bulan minum air kelapa.Petua ini untuk membersihkan kepala bayi semasa dalam kandunggan.

Salah satu perkara sunat yang digalakkan semasa kita menerima cahayamata ialah bercukur, diantara kebaikannya:
  1. Mengelakkan sakit kepada(insyAllah).
  2. Menajamkan fikiran(insyallah).
  3. Membuang selaput-selaput dilapisan kepala bayi, yang mana bayi keluar dari rahim badan diselaputi oleh darah, air mentuban dll.

Andai Ramadhan punya perasaan



Andai Ramadhan punya perasaan.
Pesan Ramadhan..
Wahai manusia yang dalam kerugian..
Dari kejauhan aku akan menggalkan kamu smua...
Yaa .hendak kemana aku?

Dengan lembut ku berkata..wahai manusia yang rugi..
Maaf aku harus pergi.mugkin lamaa..
Wahai manusia yg rugi..';
Tolong pesankan pada golongan yg bernama MUTTAQUN
Ajaklah sabar untuk menemani hari hari duka mereka..setelah ketiadaan aku nanti untuk tempoh yg lama.
Peluklah istiqamah saat dia berada dalam kelelahan dalam perjalanan taqwanya meraih redha sang pencipta..

Pesan Ramadhan lagi..
Wahai manusia yg rugi..aku pasti akn tinggalkan kamu kerana..itu dia..syawal hampir tiba..

Wahai manusia yg rugi..
Aku ingin pesan.sungguh aku masih berbaki 3hri lagi.aku ingin pesan.segeralah kau merbut ampunan tuhanMu..
Suggguh malangla kamu wahai manusia yg sememangnya dalam kerugian.jika Berlalunya aku nanti pergi meniggalkan.kalian ..
Sedangkam dosa dosa kalian gv sebanyak buih dilautan.tidak terampun ..

Wahai.manusia yg rugi .
Pastinya aku merindui amal kebaikan sedeqah mu ,bacaan.quranmu ,kesabaranmu,qiyamulail mu dan sedu tangisan mu di kala sujud rebah menghadap penciptamu..

Wahai manusia yg rugi..
Aku berharapa agar kau berterusan dzlam melaksanakan ibadah yg kau lazimi dalam.tmpoh aku bersama mu hampir sebulan lamanya..
Agar kelak akan.datang saat kau menanti kehadiranku....kau sangat merindui keberkatan ku .
Kau rindukan ibadah terawih dimalamnya
Kau tunggu sahur di sepetiga malam.

Wahai manusia yg rugi.
Pesanku pada kalian.
Tangisila pemergianku.

Selagi kau masih dipilihNya utk meraikan aku selama sebulan.

Kerana ini mungkin pertemuan terakhir aku Ramadhan bersama mu duhai manusia.

Amalan untuk ibubapa lakukan semasa anak dalam dewan peperiksaan

  1. Berpuasa sunat di hari anak-anak mengambil exam, sebab doa ibubapa amat makbul. Doa org yg berpuasa itu makbul, apatah lagi doa ibubapa yang sedang berpuasa.
  2. Lakukan solat taubat dan solat hajat dan mohon agar anak tenang dan dapat jawab semua soalan dengan cemerlang.
  3. Baca Quran dan hadiahkan pahala kepada anak agar terang hati dan tenang fikiran,
  4. Lakukan solat Dhuha dan doakan untuk anak.
  5. Sedekah di masjid, rumah anak yatim, dan hadiahkan pahala untuk anak.
  6. Berterusan berzikir dan berdoa.
  7. Hantar gelombang positif kepada anak-- bayangkan wajah anak dan yakin dia dapat jawab semua soalan dengan tepat.
  8. Benar-benar bertawakkal kepada Allah dan redha dengan segala ketentuanNya. Aameen


Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah