February 05, 2013

Solat Dhuha

Cara menunaikannya adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat  sehingga 12 rakaat.


Masa : 10 pagi, atau antara 7am - 1pm petang sebelum waktu zohor, “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

"Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat."

1. Rakaat Pertama "Allahuakbar" & Niat dalam hati :
   ü  "Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"
   ü  Baca Alfatihah hingga akhir
   ü  Bacaan surah yang dianjurkan oleh Baginda S.W.A surah As-Syams (baca surah pendek pun takpa)

2. Rakaat Kedua
   ü  Baca Alfatihah
   ü  Bacaan Surah yang dianjurkan oleh Baginda S.W.A surah Al-Dhuha  (baca surah pendek pun takpa)
   ü  Tahiyyat akhir & Beri Salam..

        "Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebut diniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya.
 Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut"




      Doa Solat Sunat Dhuha

"Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu  DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika  di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu, limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh."


“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”(Riwayat Ahmad) 


Aishah Abdullah


3 comments :

Kakzakie Purvit said...

Kakak biasa buat sebelum memulakan kerja sebab masih ada wudhu'(beul sebaiknya bila dah terang-terang matahari tapi keaddan kerja kakak buat awal sikit - kurang afdhal). Sampai tempat kerja terus solat dulu, tapi kalau hari cuti kakak buat selepas sarapan pagi dalam pukul 10 pagi..

Unknown said...

rajinnya akak..sy selalu lalai utk melaksanakannya.. :(

Delete! said...

solat dhuha, simple je. Alhamdulillah makin istiqamah. sebab dah terbiasa. dulu susah sgt, tapi lama2 bila tak buat rasa tak kena. kalau kelas start kul8 habis kul 12 tak sempat nak buat..

dah follow sini, byk ilmu , mohon share jgk..