August 21, 2014

Penyakit Angin Pasang


Apakah penyakit angin pasang atau inguinal hernia?

Kita kerap mendengar kes kes angin pasang berlaku pada orang dewasa dan kanak kanak. Kes angin pasang kanak kanak berlaku dengan kekerapan 3 – 5 kes dari setiap 100 kelahiran, atau bersamaan 3- 5%. Ia lebih kerap berlaku untuk anak lelaki berbanding perempuan dan 60% daripadanya berlaku pada bahagian kanan inguinal berbanding bahagian kiri. 10-15% kes melibatkan kedua dua belah (bilateral). Kes kes angin pasang lebih kerap berlaku pada anak-anak yang dilahirkan pramatang dengan kadar 40-55% disebabkan proses perkembangan bayi yang masih belum sempurna.

Apakah penyebab penyakit ini terjadi?

Sewaktu janin terbentuk, untuk bayi lelaki, testis awalnya berada pada aras yang sama dengan ginjal. Organ testis akan bergerak ke arah kantung zakar mengikut panduan struktur Gubernaculum dan di bawah pengaruh beberapa hormon. Pergerakan testis ini terbahagi kepada 2 fasa iaitu fasa abdomen dan keduanya adalah fasa inguinal. Apabila struktur gubernaculum tiba di kawasan inguinal, ia akan melalui dan menarik selaput peritoneum yang kemudiannya di kenali sebagai selaput processus vaginalis. 

Selaput processus Vaginalis secara amnya akan mengecut dan tertutup dengan sendiri ketika umur bayi berada pada 36-40minggu dalam kandungan. Kegagalan selaput ini untuk mengecut dan tertutup dengan menyebabkan adanya saluran yang berhubung antara kawasan abdomen dan kantung zakar. Jika lubang kepada saluran ini halus, maka hanya unsur seperti air yang boleh melaluinya. Keadaan ini dikenali sebagai hydrocoele.

Walaubagaimanapun, jika lubang pada selaput tersebut adalah besar, (keadaan angin pasang @ Inguinal Hernia) struktur seperti usus, kilang ovary dan pundi kencing mempunyai potensi untuk masuk ke dalam selaput ini dan tersumbat.

Apakah simptom simptom yang lazim untuk penyakit ini?

Simptom awal
a) kawasan ari-ari (inguinal) dan / atau kantung zakar yang bengkak.
b) kawasan bengkak biasa berlaku ketika anak menangis, berlari atau meneran dan bengkak tersebut boleh kekal atau surut selepas aktiviti terbabit.

Simptom kronik
a) bengkak yang tidak surut disertai dengan keadaan anak yang dalam tidak selesa dan dalam kesakitan.
b) perut kembung disusuli episod muntah- muntah.

Bawalah anak anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya mereka mempunyai simptom tersebut.

Nukilan
Doktor Budak

August 20, 2014

Cinta Yang Sebenar


Seorang wanita ingin berjumpa saya sebelum ceramah di satu tempat. Saya tak sempat dan dia duduk dengar ceramah..Habis dari ceramah dia jumpa saya. Dia kata soalan saya dah terjawab...

Saya tanya apa jawapannya. Jawapannya ialah belajar mencintai Allah dan mencintai Nabi saw. Itulah cinta yang sebenarnya..

Kenapa? Tanya saya.

Jawab puan tu, tadi saya datang nak cerita masalah suami saya. Perangainya telah membuatkan hati saya tawar padanya. Saya sudah muak dan memang dah tak boleh nak layan dia melainkan dengan terpaksa..saya dah tak boleh sayang dia lagi..

Dalam ceramah tadi ustaz cerita mengenai cinta laila majnun. Lelaki yang gilakan laila yakni qais amiri. Dia pergi ke bandaraya laila. Dia cium setiap tembok tembok di bandar itu. Cium pintu. Cium bangunan tempat tinggalnya laila.Mereka tidak dapat berjumpa. Bila ditanya kamu sudah gila. Ini bukan laila. Tapi tembok dan tiang. Jawabnya aku tahu ini bukan laila. Tapi disebalik tembok ini ialah laila. Aku mencintai tempat tinggalnya laila. Aku mencintai setiap yang berkaitan dengan laila. Apa sahaja.

Kita mencintai Nabi saw, tempat tinggal Nabi saw yakni Madinah. Setiap kehidupan. Setiap jejak langkah Nabi saw. Setiap pesanan Nabi saw. Pesanan Nabi saw orang yang terbaik ialah orang yang paling terhadap ahli keluarganya..perintah Nabi saw buat baik pada orang buat jahat pada kita. Sambung silaturrahim dengan orang yang ingin memutuskkannya.

Maka saya putuskan untuk belajar mencintai suami saya kerana saya sayang Nabi saw. Seluruh hidup saya terhutang budi pada Nabi saw.

Benarlah bila kita kembali pada Allah. Masalah yang sama semalam penyebab rasa nak bunuh diri. Tapi setelah kembali pada mengenal Allah. Masalah yang sama menjadi sebab kita semakin kuat dalam hidup dan menjadi batu loncatan perubahan dalam hidup kita.

Nukilan
Ebit lew

Cara Meninggalkan Yang Haram


Seorang pemuda bertanya dengan teramat sedih, bagaimana saya ingin meninggalkan yang haram. Saya selalu tersilap langkah..saya kalah dengan menikmati dosa. Tapi lepas tu menyesal...berat dan susah sangat rasanya..

Jawab saya Islam itu mudah dan nikmat. Ia membawa rahmat dan keberkatan kepada orang yang mengamalkannya. Meninggalkan yang haram itu lebih nikmat dari membuat haram.

Saat kita meninggalkan yang haram, saat itu kita akan merasai bahagia yang tidak terungkap dengan perkataan. Doa pada Allah supaya kita dapat meninggalkan yang haram . Minta pertolongan Allah.

Islam itu mudah bagi siapa? Orang yang mempunyai kebesaran Allah dalam hatinya. Ketinggian Islam dalam hatinya. Bagi orang beriman walaupun perkara sunnah yang kecil pun lebih besar dari segala-galanya.

Bagi orang beriman membuat dosa seperti gunung besar akan jatuh atas kepalanya.

Allah maha pengampun. Sentiasa segera bertaubat kepada Allah. Setiap anak Adam buat silap, tapi yang terbaik yang minta ampun..

Beri masa bermujahadah di jalan Allah. Duduk dalam suasana iman. Bukan seorang. Tapi 124 ribu sahabah telah berjaya pada haji wida' mengamalkan Islam seperti yang Allah nak.

Dia meluangkan masa di jalan Allah 3 hari. Belajar iman. Saat pulang dia jumpa saya. Katanya kali pertama dalam sejarah Allah mudahkan baginya solat berjemaah 5 waktu berjemaah. Dia boleh bangun tahajud dan dapat meninggalkan yang haram.

Semua sahabah rhum sibuk dalam kerja dakwah, ta'lim, tazkiyah sehingga tidak sempat buat dosa. Malah baru masuk islam 2 hari telah berjaya islamkan beberapa orang. Kita Islam dah 30 tahun tapi seorang pun kita belum ajak kepada Islam..

Nukilan
Ebit lew

July 22, 2014

Lima Perkara Yang Perlu Di Renungkan

Zikir

Tanda Malam Lailatul Qadar

Aurat Seorang Wanita

June 22, 2014


Para suami semoga mengasihi isteri dan fokus pada keluarga dan niat usaha masuk syurga sekeluarga dengan menjaga akidah ibadah dan akhlak kita. 
Jika tidak alangkah sia sia hidup kita masa dihabiskan dengan perkara sia sia. 
Para wanita semoga menjadi wanita Solehah untuk dikurniakan suami soleh. 
Semoga perkara lain selain ugama tidak menjadi fokus Utama dalam memilih jodoh. 
Betapa ramai yang menyesal kerana mendapat jodoh yang menjadi masalah terutama serlah dikurniakan cahaya mata. 
Jom jadi bijak dan mencegah masalah dan belajar dari orang sekeliling kita. 
Lihat apa aktiviti kita itu lah diri kita dan lihat buku kita baca dan perkataan kita. 
Jom audit dan ubah diri. 
Semoga para suami mencari ilmu dan jadikan budaya ilmu di rumah.

February 23, 2014

Ubatan dan Makanan yang perlu dielakkan untuk pesakit kekurangan G6PD


1.  Ubat Untuk Merawat Malaria
  • Choroquine
  • Hydroxychloroquine
  • Primaquine
  • Quinine
  • Mepacrine (Quinacrine)
2.  Ubat Penahan Sakit
  • Acetysalicylc Acid (aspirin)
  • Phenacetin (Acetophenetidin)
  • Aminopyrine (Amidopyrine)
3.  Ubat Antibiotik
  • Chloramphenicol
  • Cotrimoxazole (bactrim)
  • Furazolidine
  • Nalidixic Acid
  • Nitrofurantoin
  • Nitrofurazone
  • Para-aminosalicy Acid
  • Ubat-ubat berasaskan Sulfur dan sebagainya
  • Surfapyridine
  • Suifasalazine
4.  Lain-lain
  • Fava Bean (Jenis kacang parang)
  • Napthalene (Ubat gegat)
  • Ubat Tradisional
  • Probenecid
  • Dimercaprol
  • Dapsone
  • Procainamide
  • Para-aminobenzoic acid
  • Silver Sulphadiazine Cream
  • Methylene blue

Apa itu kekurangan G6PD (G6PD Deficiency)


G6PD (glucose-6-phoshate dehydrogenase) adalah suatu enzim dalam sel darah merah manusia.

Enzim G6PDmelindungi sel darah merah daripada dimusnahkan dengan lebih awal daripada hayat biasanya.

Selepas bayi dilahirkan, darah dari tali pusat bayi dihantar untuk pemeriksaan enzim G6PD di makmal.

Di antara salah satu ujian yang dibuat oleh HPAN ialah dengan mengambil paras sebenar enzim G6PD bayi dari lahir. Ini biasanya mengambil masa selama 1 atau 2 hari untuk keputusan siap.

Sekiranya enzim G6PD kurang, sel darah merah senang pecah dengan lebih awal.

Ini boleh menyebabkan bayi berpenyakit kuning dan pucat dan mungkin boleh memudaratkannya.

Kekurangan enzim G6PD biasanya adalah penyakit keturunan dan dengan itu ia adalah sepanjang hayat.

Sekiranya bayi kekurangan enzim G6PD, ianya perlu diawasi dalam wad untuk lebih kurang seminggu supaya kejaidan pucat dan kuning dapat dirawati.

Rawatan meliputi penggunaan alat cahaya fototerapi untuk kuning dan kemasukkan darah jika terlalu pucat. Sedikit darah bayi perlu diambil mengikut kekerapan yang ditetapkan untuk pengawasan paras kuning atau pucatnya.

Bayi anda dibenarkan pulang ke rumah setelah dipastikan tiada sebarang masalah yang lain.

Ubatan dan Makanan yang perlu dielakkan untuk pesakit kekurangan G6PD

February 13, 2014

Cara Menenangkan Anak Mengamuk Mengikut Umurnya

Pada usia ini 7 dan 8 tahun, anak baru masuk ke sekolah. Semasa tadika situasi sekeliling dengan sekolah tidak sama rentaknya. Maka mereka perlu menyesuaikan diri dengan corak pembelajaran, guru-guru, pelajaran itu sendiri, bangunan yang lebih besar dan persekitaran kawasan yang lebih luas, kawan-kawan sebaya, seniors, membeli di kantin dan banyak lagi.

Apa yang boleh dibuat ialah.
  1. Jika anak sudah 8 tahun. Anak perlu belajar menyelesaikan masalah mereka sendiri. Ini adalah latihan kepimpinan diri.
  2. Setiap kali anak mengamuk, curahkanlah rasa kasih sayang kepada dia. Jika dia menjerit-jerit, anda boleh menjerit satu perkataan atau satu ayat untuk menarik perhatiannya dan ‘match’ dengan nadanya dan kemudian pimpin dia kepada ketenangan dengan melembutkan suara anda dan kemudiannya, bila nampak dia dah turunkan suaranya, anda berbisik kepadanya, untuk menurunkan lagi marahnya. Bila anda berbisik, dia akan datang dekat dengan anda.
  3. Tadi mungkin dia bercekak pinggang, maka anda pun bercekak pinggang untuk match body language anak itu. Lepas itu bila anda dah mula lembutkan suara, anda duduk, maka jika dia duduk sama, anda akan berbisik, perlahan-lahan dia akan datang dekat untuk mendengar bisikan anda.
  4. Bila ini dah berlaku, maka anda baringkan dia diaatas peha anda dan belai serta gosok dan urut badannya yang sedang ketegangan disebabkan marah tadi. Ketenangan dan kesabaran anda akan membawa ketenangan kepadanya.
  5. Mungkin anak akan tertidur dan ini adalah baik. Lepas dia bangun anda boleh bertanya dengannya apakah yang menyebabkan dia marah sangat. Bersabarlah dalam mendapatkan jawapan.
  6. Jangan menggunakan perkataan KENAPA. Contohnya, kenapa Along mengamuk tadi? Ini menyebabkan dia rasa dia kena defence himself. Tanya bergini, “ Kesihan mama tengok Along tadi, apa yang menyebabkan Along menangis tadi sayang?”

Cara menenangkan anak yang mengamuk itu adalah menggunakan skil dari NS-NLP. Ini adalah satu sistem komunikasi yang sangat berkesan yang membolehkan kita sebagai ibu bapa mempengaruhi anak-anak kita agar dapat melakukan apa yang baik untuk mereka tanpa kita memaksa dan mengarah. Malah, ia mendamaikan hati anak-anak bila kita berkomunikasi begini.

Prof. Dr. Rozieta Shaary 

February 12, 2014

Petua Mengatasi Sakit Tekak

Tips Pertama
  • Air Limau dan Madu - Ambil segelas air suam dan campurkan dengan perahan jus limau nipis atau Lemon. Tambah sesudu kecil madu lebah.Amalkan setiap hari dua kali sehari pagi dan malam.(Madu lebah yang ori lagi bagus)


Tips Kedua
  • Kumur dengan Air Garam - Campurkan satu sudu  garam ke dalam air suam. Berkumur beberapa kali dengan air garam tersebut.


Tips Ketiga
  • Air Asam Jawa - Campurkan satu sudu asam jawa ke dalam segelas air suam. Kacau dan biarkan seketika kemudian tapiskan. Minum jus Asam Jawa tersebut.


Tips Keempat
  • Ice Cream Vanilla - Pastikan aiskrim berperisa vanilla sahaja. Cara ini sangat sesuai untuk lapisan umur dari kanak-kanak hingga dewasa.


Tips Kelima
  • Air Masak - Banyakkan minum air suam setiap hari ia untuk bertindak sebagai pelincir untuk mengurangka rasa sakit pada tekak.



Petua Atasi Sinki Tersumbat

Tips Pertama
  1. Patikan sinki dalam keadaan kering masa melakukan kerja tersebut. 
  2. Letak garam kasar (dalam segenggam dua) taburkan ke dalam lubang sinki yang  tersumbat .
  3. Tuangkan air panas yang tengah mendidih ke dalam lubang sinki. 
Cara ini memang sangat mudah kerana tidak banyak mengeluarkan modal dan barang-barang yang di perlukan sudah sedia ada dia rumah.


Tips Kedua
  1. Patikan sinki dalam keadaan kering masa melakukan kerja tersebut. 
  2. Letak kan 1botol peluntur (tak kesah jenama apa) , saya guna jenama Clorox (seperti gambar di atas) ke dalam lubang sinki yang tersumbat.
  3. Biarkan sinki selama 1jam.
  4. Lepas 1jam tuang air panas yang tengah mendidih ke dalam lubang sinki.


Lakukan menuang air panas sekurang-kurangnya 1minggu sekali untuk mengelakkan sinki tersumbat. Mencengah dulu lebih baik. Dalam masa yang sama kita dapat menjimatkan masa dan duit..